25 February 2022

"KALAU MATI HARI INI SAYA YANG TANGGUNG" - ULAS ISU BUKA TUDUNG, ERIN DAH KAHWIN LELAKI MUDA?



"Awak telah merampas hidup saya, dan kini saya mahukannya kembali. Lautan mungkin mencabar, namun saya adalah kapten. Biar apa pun kesukaran, saya akan menang," itulah tulis bekas isteri Da'i Farhan iaitu Erin dimana dia mahu menjalani kehidupannya yang lama, malah juga dilihat bangga tayang rambut panjang warna perang.


Penampilan baharu Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 42, yang kini dah tak bertudung itu mengejutkan ramai pihak. Erin menerusi laman sosialnya memuat baik beberapa keping foto memperlihatkan rambutnya yang panjang dan berwarna perang.

Rata-rata netizen turut terkejut dengan perubahan itu namun tetap mendoakan agar dia diberikan hidayah untuk kembali menutup aurat seperti yang dituntut Allah.

Dalam pada itu, Erin berkata, kehidupan seseorang individu tidak boleh dibandingkan dengan individu lain kerana masing-masing berdepan ujian berbeza. Katanya, tiada siapa pun manusia di dunia ini yang dilahirkan sempurna.

Klik untuk gambar besar



"Hidup ini indah kalau kita pilih untuk indahkannya. Jangan bandingkan kehidupan kita dengan mana-mana manusia kerana kita hidup untuk diuji. Jika anda rasa kehidupan anda bahagia dan sempurna, maka anda gila," katanya pada satu hantaran lain.

Sementara itu, menjawab beberapa pertanyaan netizen tentang tindakannya itu, Erin berkata, apa yang dilakukan itu adalah urusan dia dengan Allah. Selain itu, Erin yang dilihat kini mempunyai kekasih berkata, lelaki itu meletakkan had untuk dia mendedahkan rambutnya.

"Kalau saya mati hari ini saya yang tanggung. Kita ni takut mati bukan takut dosa tak pakai tudung. Banyak lagi dosa yang orang tak nampak kita kena risaukan. Biar saya jalani hidup sendiri sebaik yang saya mampu. Tak boleh warnakan rambut sebab 'cik abang' tak bagi. Ini pun dia dah bagi limit free hair," balas Erin pada ruangan komen.

Selepas panas dengan imej terbaharunya yang dilihat sudah tidak lagi bertudung dan berambut 'blonde', Erin kini dikatakan sudah berkahwin dengan seorang lelaki muda.



Menerusi kenyataan terbaharunya di dalam kemas kini di Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada keluarga mentuanya kerana menerima dia seadanya. Malah dia memberitahu dia bersama lelaki yang dipercayai suaminya kini sedang menyiapkan rumah baru mereka.

"My in-law familia. Terima kasih mak, kakak-kakak, adik-adik sepupu sepapat yang datang tolong bagi siap rumah kami ni… Dan terima kasih kerana menerima diri ini seadanya… Terima kasih atas segala kasih sayang ini...," tulisnya.

Menerusi entri itu menunjukkan ramai sedang mengemas rumah serta seorang lelaki muda yang didakwa suaminya sedang mengecat rumah. Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang mengucapkan ucapan tahniah.

Terdahulu, Erin dilihat berkongsi mesra fotonya bersama seorang lelaki muda dan kacak yang difahamkan seorang model. Namun sehingga kini dia hanya memberi bayangan bahawa lelaki itu suaminya.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: