25 February 2022

AISHAH BENGANG DIGELAR 'DATUK LOW CLASS', CABAR NETIZEN BERSEMUKA



"Ada juga yg masih tak puas hati ek. Setakat baling batu sembunyi tangan apa barang babe…berdepanlah kalau berani cakap apa yg tak puas hati dgn I.So many sickos nowadays," tulis penyanyi Aishah yang bengang apabila digelar 'Datuk low class'.


Umum mengetahui, Januari lalu, Aishah yang dikecam teruk apabila apabila berkongsikan pengalamannya menjadi isteri yang membeli beras dan tidak pernah dimanjakan suami itu telah menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk.

Bagaimanapun, baru-baru ini, perkongsian Datuk Aishah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik paparan skrin komen netizen yang tidak berpuas hati dengannya serta menggelarnya Datuk low classs.

Klik untuk gambar besar



Kesal dengan komen ditinggalkan itu, Aishah mencabar individu berkenaan untuk bersemuka dengannya. Ujarnya, jika berani cakap berdepan dengannya jika ada perkara yang tidak puas hati.

Aishah juga turut menghantar DM kepada individu berkenaan dengan mengatakan tindakan netizen itu disifatkan tidak berfaedah dan seolah tiada benda lain untuk dilakukan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: