25 February 2022

LARA ALANA PATAH TANGAN KIRI, TERJATUH KETIKA BERMAIN



Perkongsian pasangan pelakon dan pengacara Awal Ashaari dan Scha Alyahya menerusi laman Instagram masing-masing telah mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa foto anak sulung mereka, Lara Alana dengan keadaan tangan kirinya berbalut akibat patah dipercayai sebab terjatuh.


Scha dan Awal berkongsi foto-foto sewaktu membawa Lara untuk pemeriksaan dan juga sinaran x-ray di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

"Another x-ray day and missy is nervous," tulis Scha di ruangan kapsyen.

"My brave princess @laraalanaa," tulis Awal pula

Klik untuk gambar besar



Difahamkan sewaktu kejadian, Lara sedang bermain di kawasan perumahannya dan kemudian terjatuh. Berlaku pada Februari lalu, Lara sempat kembali ke sekolah dan tangan simennya dihiasi dengan tulisan dan lukisan cepat sembuh oleh rakan-rakannya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan kata-kata semangat dan doa mereka agar tangan Lara segera pulih.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 May 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina yang lahir pada 12 Februari tahun lalu di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: