25 February 2022

UYAINA, IBU BAPA MENTUA LAN SOLO & ISTERI FAD BOCEY POSITIF C0V1D



Nampaknya ramai yang disahkan positif C0V1D hari ini termasuk pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, ibu bapa mentua penyanyi Lan Solo dan juga isteri kepada pelawak Fad Bocey yang turut mengalami hal sama.


Uyaina difahamkan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif C0V1D selain mengalami tekanan darah rendah, sejak Selasa lalu. Uyaina memaklumkan suaminya yang juga penyanyi Raja Syahiran, 29, turut dijangkiti virus itu tetapi cuma menjalani kuarantin di rumah.

Menurut Uyaina, pergerakannya juga terhad akibat kesakitan yang dialaminya. Dia tidak menafikan timbul kebimbangan jika kesakitan itu menyerang organ dalam badan.

Klik untuk gambar besar



"Badan saya rasa sakit sangat-sangat terutama ketika hari kedua dan ketiga. Nak jalan pergi tandas pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek.

"Susah nak nafas. Demam menggigil. Paling bahaya sebab ia kacau organ dalaman kita. Itupun kami dah ambil vaksin. Bayangkan orang yang tak ambil vaksin langsung? Yang anti vaksin?



"Tak tahulah macam mana bermasalah badan mereka. Saya berkongsi foto ini untuk ingatan diri sendiri bagaimana syukurnya sewaktu masa sihat," katanya yang turut meminta doa ramai agar dia dan suaminya diberikan kesembuhan segera.

Sementara itu, Lan menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita duka apabila ibu bapa mentuanya positif C0V1D. Lan dalam masa sama meminta supaya semua mendoakan agar ibu bapa mentuannya segera sembuh. Meninjau ke akaun isterinya, Sheila Hassim memberitahu mereka terkedu saat menerima berita berkenaan.

Bagi isteri Fad iaitu Nur Syahirah A. Rahman dia memaklumkan dia berasa tidak sedap badan sejak bangun Subuh, selain mengalami selsema perit sebelum disahkan positif C0V1D. Syahirah yang reda dijangkiti wabak tersebut itu memohon doa buat keluarganya.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: