26 February 2022

KAK KM: "KAU ADIK-BERADIK AKU KE NAK SOUND-SOUND AKU?... ITU ANTARA SAYA DENGAN TUHAN LAH"



"Bagi saya suka hati akulah, kau adik beradik aku ke nak sound-sound aku? Kau tengok buat apa. Itu jawapannya. Itu antara saya dengan Tuhan lah, yang korang tu jaga bahagian korang. Jangan ambil kerja Tuhan nak jatuhkan bala dekat orang.


"Takut kau yang dapat bala," demikian kata usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM yang berpesan kepada netizen supaya tidak perlu menjaga tepi kain orang lain dan apa yang berlaku itu antara dirinya dengan Tuhan.

Baru-baru ini hangat diperkatakan video memaparkan Kak KM memuat naik video menyusukan anaknya di sebuah restoran. Video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang didakwa menjatuhkan martabat wanita sehingga menerima teguran daripada beberapa individu.

Klik untuk gambar besar



Dalam satu temu bual, Kak KM berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi perdebatan kerana ianya situasi biasa bagi ibu yang ingin menyusukan anaknya.

"Bagi saya nak beri anak susu benda itu memang sangat normal, mungkin sebab Kak KM yang menyusukan sebab itulah jadi viral. Masa nak buat video itu memang Kak KM ambil tempat di sudut dan bahagian depan memang tak ada orang.

"Benda itu memang tak ada isulah, takkan kita nak masuk bilik air pulak. Sebenarnya kita pakai je nursing cover, selepas itu bila kita nak buat video kita cabut," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: