26 February 2022

KENA STROK RINGAN - HAERIEYANTO HASSAN PERLU DIBEDAH SEGERA, ADA DARAH BEKU DALAM KEPALA



Pagi semalam, pelakon Haerieyanto Hassan telah dikejarkan ke Hospital Ampang (HA), Selangor, selepas mengalami strok ringan yang mengakibatkan anggota badan sebelah kiri kaku.


Adik ipar Haerieyanto iaitu Dasira Hassan memberitahu, abang iparnya itu sedang dirawat di HA sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah. Dasira yang juga adik kepada penyanyi Oja ini berkata, walaupun keadaan Haerieyanto stabil, doktor masih memantau perkembangan kesihatannya.

"Kakak hubungi saya pagi tadi memaklumkan keadaan terkini Haeriyanto yang diserang strok ringan pada bahagian tubuh sebelah kiri. Dia mengesyaki suaminya diserang angin ahmar apabila menunjukkan simptom iaitu sukar mengangkat tangan kiri selepas diminta.

Klik untuk gambar besar



"Malah, kakak beritahu, butiran percakapan suami sukar difahami. Panik dengan keadaan itu, dia meminta saya hubungi ambulans. Selepas mendapati bacaan tekanan darah terlalu tinggi iaitu 211/131, paramedik membawa abang ipar ke hospital untuk tindakan susulan.

"Selepas menjalani pemeriksaan selama tiga jam, doktor mendapati ada darah beku bersaiz tiga sentimeter pada bahagian kanan kepalanya. Apa yang menghairankan, biarpun mengalami strok, abang masih boleh berkomunikasi dengan kakak.

"Kata doktor, biasanya orang terkena strok pengsan. Mungkin semangatnya sangat kuat. Doktor beritahu, sebelum pembedahan, mereka harus pastikan tekanan darah abang kembali stabil . Disebabkan itu, pemantauan perlu dibuat dari masa ke semasa," jelasnya.

Percaya dengan kuasa doa, Dasira mengharapkan semua pihak mendoakan agar kesihatan Haerieyanto yang juga pelakon drama bersiri 'Kampung People 2', segera pulih.

"Dalam situasi sekarang, hanya doa anda semua sahaja yang kami harapkan. Abang ipar masih terikat dengan beberapa projek lakonan dan dengan keadaan kesihatannya itu, saya berharap syarikat produksi dapat memahami situasinya," katanya.

Sementara itu, Oja melalui entri di Instagram Story (IGs) turut meminta peminat mendoakan agar abang iparnya segera sembuh. Oja turut memaklumkan Haerieyanto perlu menjalani pembedahan segera akibat darah beku dalam kepala.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: