26 February 2022

JANNA NICK, ISTERI SHAHEIZY SAM & QUE HAIDAR PULA YANG DIJANGKITI C0V1D



Terkini, pelakon dan pengacara Janna Nick, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin dan pelakon Que Haidar pula yang disahkan positif C0V1D, selepas dua tahun bertarung dan mengelak daripada terkena jangkitan tersebut.


Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner ketika ditanya lebih lanjut berkata, antara gejala yang dialami adalah demam, sakit badan dan tekak serta hilang deria bau.

"Semalam keadaan kesihatan saya masih okey. Namun, lewat malam tadi saya mengalami demam sehingga sakit-sakit badan dan hidung tersumbat. Doakan semoga saya cepat sembuh. Saya minta maaf kepada mana-mana yang ada berjumpa dengan saya dalam waktu terdekat ini," katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Janna disahkan positif C0V1D selepas melakukan ujian saringan RT-PCR (PCR) walaupun sebelum itu sudah melakukan ujian RTK Antigen (RTK-Ag) dan menunjukkan dirinya negatif.

Klik untuk gambar besar



Menurut Janna, dia bukan sengaja mahu mencipta kandungan di media sosialnya, sebaliknya dia lebih mengetahui keadaan badannya yang kurang sihat.

"Semalam ramai yang hantar mesej peribadi mengatakan kalau keputusan sudah negatif tidak perlulah saya 'kalut' nak positif C0V1D. Sebenarnya saya bukan saja nak cipta kandungan atau terhegeh-hegeh nak buat ujian RTK-Ag dan PCR untuk mengatakan saya positif.

"Saya lebih tahu diri saya dan boleh rasa badan saya tidak sihat. Lagipun saya bukannya jenis yang mudah jatuh sakit, jadi saya boleh agak sebab itulah saya buat ujian PCR semalam," ujarnya.



Sementara itu, Syatilla Melvin yang kini hamil enam bulan itu berada dalam keadaan baik selepas disahkan positif wabak berkenaan, kelmarin. Suaminya berkata, Syatilla tidak mengalami sebarang gejala teruk sekali gus tidak membuatkan dia berasa panik.

Menurut Sam, setakat ini hanya Syatilla yang dijangkiti virus itu, manakala dia dan anak-anaknya negatif: "Saya dan anak-anak semua negatif, tapi setiap hari kami membuat ujian saringan kendiri di rumah. Mujurlah ada pembantu rumah yang boleh menjaga dan menyediakan makanan untuk anak-anak. Sekarang ini, saya lebih fokus menjaga dan memantau keadaan Tilla," jelasnya.

Manakala Que Haidar pula, dia disahkan positif C0V1D baru-baru ini telah memilih melakukan kuarantin di rumah lain bagi mengelak risiko kepada isteri dan anak-anak. Que yang juga suami kepada Linda Jasmine, akur akhirnya tewas dengan wabak tersebut biarpun selepas dua tahun cuba membendungnya.



"Allah sebaik-baik perancang. Sebagai hamba-Nya, saya tidak berdaya melawan kali ini. Insya-Allah segala-galanya dipermudahkan. Saya guna tempat persinggahan pemandu keluarga bagi menyempurnakan kuarantin. Tempat ini berhampiran dengan rumah saya dan keluarga," tuturnya.

Que berkata, dia sukar bernafas, sakit kepala, demam, sakit sendi, selesema dan batuk lalu mengambil keputusan melakukan ujian saringan C0V1D. Que berkata, setakat ini, isteri dan anak-anak negatif dan tidak mengalami sebarang simptom, namun mereka masih perlu melakukan lagi ujian sama dalam beberapa hari lagi.

"Setakat ini, saya masih okay. Cuma batuk membuatkan saya sakit kepala. Saya jadi takut hendak batuk kerana beri kesan kepada kepala," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: