07 February 2022

SAKINAH TUNJUK KAD SUAMI MASUK ISLAM, BERANG DITUDUH MURTAD



"Kami tak muat naik bukti sebab tidak mahu mengharu-birukan keluarga mentua. Bayangkan, cuba anak awak tiba-tiba menukar agama, mau mak awak melentingkan? Nak sangat bukti, sila selak halaman sebelah. Terima kasih sudah mengharu-birukan keadaan. Saya sudah menjelaskan sebelum ini, jadi, tak perlulah nak mempersoalkan lagi.

"Tak perlu nak buruk sangka. Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk sebab nak jaga hati keluarga di sebelah sana," itulah kata pelakon Sharifah Sakinah yang berang dituduh 'murtad' hanya kerana tidak menunjukkan bukti suaminya sudah memeluk Islam, selepas sebelum ini mengumumkan sudah pun berkahwin dengan lelaki Sweeden, Michael Hansen.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram malam tadi, Sakinah memuat naik kad perakuan agama Islam suaminya yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Dalam entri tersebut, Sakinah menjelaskan dia tidak berkongsikan mengenai perkara itu kepada umum kerana mahu menghormati perasaan keluarga mentua.

Bagaimanapun, perkongsian itu telah pun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik. Terdahulu, Sakinah mengesahkan sudah pun berkahwin dengan jejaka Sweeden itu namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: