07 February 2022

BIG STAGE 2022: MEGAT RAHIM POSITIF C0V1D - IQBAL BUKAN PENGGANTI, 'ALAT' TAPI LAYAK MASUK



Malam semalam, Big Stage 2022 (BS22) telah pun membuka tirainya dengan menampilkan 12 peserta yang terdiri daripada tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia (Tegar Septian) serta Brunei (Syafiq Abdilah). Namun bagi identiti peserta ke-12 itu didedahkan pada konsert pembukaan.

Pada konsert pertama tersebut, usahwan yang kini bergelar penyanyi iaitu Iqbal Zulkefli atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, telah diumumkan sebagai peserta ke-12 yang menyertai program terbabit.

Bagaimanapun, penyertaan Iqbal sebagai salah seorang peserta Big Stage 2022 telah mengejutkan ramai pihak yang mempertikaikan dan menyifatkan pemilihan Iqbal sekadar meraih publisiti dan hanya sebagai salah satu teknik pemasaran untuk menaikkan rating program tersebut.

"Pemilihan Iqbal Zulkefli sebagai peserta BS22 rasanya tidak sesuai. Saya sangat kecewa. Adakah Astro sengaja raih perhatian atau cari publisiti murahan. Mohon Astro bagi penjelasan kenapa ambil Iqbal. Ini tidak adil kepada peserta yang hadir ujibakat tetapi tidak berjaya," antara komen netizen.

Klik untuk gambar besar



Dek kerana itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh tampil menjelaskan bahawa Iqbal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan pihak produksi untuk dipilih sebagai peserta.

"Daripada segi kriteria yang ditetapkan Iqbal telah memenuhi syarat had umur 30 tahun dan memiliki video muzik dengan sekurang-kurangnya 500,000 tontontan.

"Dalam BS22 kali ini juga kami tampilkan peserta yang pelbagai. Kami menyediakan platform dan selebihnya terpulang kepada juri untuk menilai," ujarnya yang dipetik sebagai kepada mStar.

Untuk makluman, Iqbal melancarkan single pertama berjudul 'Hujan' pada November tahun lalu dan kini video muziknya sudah menerima lebih 2.2 juta tontonan di YouTube.



Dakwaan untuk meraihkan rating juga diperkuatkan dengan penglibatan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida sebagai 'presiden netizen' dalam program ini. Justeru itu, ada yang menganggap pihak produksi sengaja mencipta kandungan dan bukan untuk tujuan pertandingan sebenar.

"Kenapa Big Stage 2022 bawa Vida? Dia sepatutnya diam untuk tempoh yang ketara... murahannya." - "Selepas semua kontroversi, dia langsung tidak mewakili netizen. Merepek la minggu pertama ni." - "DSV jadi presiden netizen? Produksi boleh melakukan yang lebih baik. Takkan nak ride on stupid issue macam ni?" demikian antara komen netizen di Twitter.

Pada minggu pertama, Iqbal menyanyikan lagu 'Biarlah Bulan Bicara' yang dipopularkan oleh Broery Marantika. Iqbal mendapat markah paling rendah iaitu 28.8 peratus, namun tiada penyingkiran pada malam tersebut. Iqbal diberi 5 markah sahaja oleh Ajai selaku juri tetap. Kata Ajai lagi, nyanyian Iqbal kurang memuaskan dan jika datang ke uji bakat ada kemungkinan tidak dapat.



"Saya bagi lima markah kerana dia bukan tone deaf. Kalau dia datang uji bakat mungkin tak dapat. Ada sesetengah orang tidak boleh menyanyi tapi orang suka. Mungkin dia adalah begitu," katanya.

Manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku juri tetap memberikan sebanyak 25 markah serta berharap Iqbal dapat memberikan persembahan lebih baik di minggu hadapan.

Sementara itu, peserta penyanyi Megat Rahim, 20, yang sepatutnya membuat persembahan pada konsert minggu pertama Big Stage 2022 itu tidak dapat menghadirkan diri kerana disahkan positif C0V1D. Megat berkata, dia kini sedang menjalani kuarantin di rumah selepas dijangkiti virus itu sejak 31 Januari lalu.

Tambah Megat, ibunya iaitu Shahidah Mohd Hashim, 60, turut positif C0V1D. Dalam pada itu, Megat mengaku sedih apabila tidak dapat membuat persembahan dan membuktikan kemampuan diri di hadapan juri dan penonton pada konsert minggu pertama.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: