07 February 2022

DEMI UBAH HIDUP KELUARGA - TEGAR SERTAI BIG STAGE 2022, TERPAKSA TINGGAL ISTERI & ANAK DI INDONESIA



"Sekarang masa untuk bersama kawan-kawan tidak seperti dahulu lagi. Perlu lebih fokus kepada keluarga dan anak. Menjadi bapa pada usia muda membuatkan saya lebih dewasa. Saya harus fikir tanggungjawab dan bekerja untuk masa depan keluarga.

"Mereka semua menyokong kerjaya saya dan penyertaan saya ini juga adalah demi masa depan kerjaya yang untuk kesenangan mereka. Ada perancangan untuk membawa isteri dan anak datang ke Kuala Lumpur.

"Semoga segala urusan dipermudahkan dan kami dapat bersama nanti," itulah kata penyanyi Indonesia, Tegar Septian apabila dia terpaksa berpisah dengan isteri dan anaknya bagi menyertai program Big Stage 2022 (BS22) diadakan di Malaysia, demi masa depan dan kesenangan keluarganya.

Berkahwin dan memiliki anak pada usia muda menjadikan Tegar seorang yang lebih matang dan sentiasa berfikir tentang masa depan. Tegar, 22, juga mengakui ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan kehidupan berumah tangga adalah cabaran untuk dia sentiasa belajar erti kesabaran.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, penyanyi yang berasal dari Subang, Indonesia ini mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka pada Mac 2020 dan mereka kini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang diberi nama Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Penyertaan Tegar dalam Big Stage 2022 juga bagai pengenalan semula kepada peminat yang di sini. Tegar yang mencipta nama menerusi lagu 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang' itu berharap masih ada peluang untuk kembali dikenali dalam industri muzik Malaysia.

"Jika ada rezeki saya di sini, pasti mahu berada di Malaysia. Semoga penyertaan saya ini akan sampai ke peringkat akhir. Dalam hidup dan kerjaya ini saya hanya follow the flow sahaja. Apa yang penting tetap terus berkarya," ujarnya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: