07 February 2022

5 HARI DI HOSPITAL - NEELOFA ANGGAP MOMEN TERMANIS SEPANJANG PERKAHWINAN



"Pada 29 Januari, saya seperti tidak percaya dan tidak dapat hadam sedang mengalami kontraksi hendak beranak. Ini kerana sakit yang dialami seperti senggugut setiap kali datang bulan kerana saya sakit perut yang teruk. Haris pulang dari kerja pada malam itu dan mengajak saya ke hospital namun saya berpendapat ia adalah amaran palsu. Jadi pada jam 1 pagi itu, saya terbaring di bilik bersalin terfikir sama ada betul ke hendak beranak ni?

"Pak Ustaz buat solat sementara menanti kehadiran doktor yang mana ketika ini bukaan saya sudah dua sentimeter. Jadi pada pagi itu saya menemani suami makan sarapan setelah lebih lapan jam menahan rasa sakit kontraksi. Maka, lahirlah Bilal dengan selamat. Terima kasih sayang untuk segalanya dan terima kasih kepada Allah SWT di atas segala kurniaan.

"Biarpun tempoh lima hari ini mencabar, namun ia adalah momen termanis sepanjang perkahwinan kita," tutur selebriti popular, Noor Neelofa yang menghargai dan bersyukur dengan kehadiran suami, PU Riz yang setia menemaninya sepanjang lima hari berada di hospital sebelum selamat bersalin pada 29 Januari lalu.

Neelofa yang mendirikan rumah tangga bersama PU Riz pada Mac 2020 itu menerusi hantaran di laman Instagram Story mengimbau kembali detik mencabar di hospital yang dianggap momen termanis sepanjang bergelar suami isteri.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, suaminya memaklumkan Neelofa dan bayi mereka kini berada dalam keadaan baik. Dalam pada itu, PU Riz turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap dia dan isteri sejak mereka berkahwin.

"Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.

"Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara," katanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: