20 March 2022

AL-FATIHAH - IBU RYAN DEEDAT DIJEMPUT ILAHI



"Assalamualaikum, Ibu saya Tengku Hanasiah Binti Tengku Zainal Mulok telah kembali ke rahmatullah pada jam 2:30pm. Terima kasih buat semua yg telah mendoakan buat mama saya. Saya berada dgn dia dari first dia sakit sampai la hembusan nafas terakhir.


"Ya Allah kau berilah syurga firdaus pada mama ku. Ameen," itulah tulis pelakon Ryan Deedat, yang berkongsi berita sedih dimana ibunya, Tengku Hanasiah Tengku Zainal Mulok telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.30 petang tadi akibat angin ahmar.

Ryan atau nama sebenar, Sheikh Eamir Deedat, 30, berkata arwah ibunya meninggal dunia selepas lima tahun menderita penyakit itu. Ryan berkata, jenazah ibunya bakal disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Khairiyah, Gombak sebelum Maghrib ini.

Klik untuk gambar besar



"Arwah meninggal dunia di rumah kira-kira jam 2.30 petang tadi selepas lima tahun menderita angin ahmar. Sebagai anak, saya bersyukur kerana berpeluang berada di sisinya dan dapat berbakti menjaganya hingga saat akhir.

"Jenazah disolatkan di Masjid Al-Khairiyah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Khairiyah. Arwah kakak dan adik saya juga dikebumikan di sini," jelasnya yang dipetik sebagai brrkata kepada Berita Harian.

Irita pemergian penyanyi lagu Salima ini mendapat simpati pengikut dan rakan selebriti yang mendoakan agar dia tabah menghadapi ujian itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: