05 March 2022

ANGGAP MENTERI TAK 'GENTLEMAN' - EIZLAN YUSOF TEGAS TAK DAPAT GAJI SATU SEN PUN



Semua sedia maklum mengenai dua selebriti iaitu Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof yang ditamatkan tugas mereka di kementerian itu tanpa sebab dan alasan munasabah. Mereka meluahkan rasa kesal dengan tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.


Eizlan dalam satu sidang media yang diadakan secara maya pada Jumaat menegaskan, dia tidak pernah menerima sebarang gaji atau menggunakan wang kerajaan selama empat bulan berkhidmat di kementerian itu.

"Saya tidak dibayar kerajaan... hanya bekerja sebagai sukarelawan. Malah saya terpaksa keluar duit sendiri untuk berkhidmat. Elaun pun tak ada... satu sen tak bayar pun saya buat juga sebab rasa tanggungjawab bersama yang kita pikul sebab nak tengok industri naik.

"Sebab itu saya rasa macam sukarelawan sendiri pun kena diberhentikan... tak tahu apa alasan mereka sedangkan saya tak ganggu duit kerajaan pun.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Eizlan menganggap tidak 'gentleman' atas tindakan itu dan berpendapat Saifuddin sebagai pemimpin sepatutnya memanggil mereka untuk berbincang dan memaklumkan langkah itu sebelum membuat keputusan.

"Kami sendiri tak ada jawapan kenapa keputusan itu diambil sebab menteri tak panggil pun untuk berbincang dengan kami. Bagi saya, ini satu tindakan yang tak gentleman daripada menteri. Kalau khidmat kami tidak diperlukan, sepatutnya panggil berbincang.

"Kami hormati keputusan beliau. Cuma ralat tak dipanggil untuk bincang. Sebagai pemimpin, sepatutnya boleh pimpin kami dengan cara yang baik dan sebagainya. Kita akur dengan setiap arahan yang diberikan. Bila berlaku benda terkejut begini, kami pun terkejut juga," ujarnya.



Kata Ahmad Idham, menerusi surat tersebut, dia mahupun Eizlan tidak diberikan penjelasan mengapa perkhidmatan mereka ditamatkan: "Saya terkejut apabila menerima surat itu pada 28 Februari lalu dan surat itu bertarikh pada 23 hari bulan.

"Apa yang menyedihkan tarikh surat itu adalah hari saya dan seluruh keluarga diuji wabak C0V1D dan Saifuddin sendiri tahu mengenai keadaan saya waktu itu. Kami hanya menerima surat yang menyatakan perkhidmatan kami sudah tamat tanpa sebarang alasan. Malah seminggu sebelum itu kami ada berjumpa dan bermesyuarat bersama," tuturnya.

Sementara itu, kedua-dua mereka mendakwa penamatan kontrak itu kerana mahu menyertai politik bawah tiket Bersatu adalah perkara yang tidak benar. Ahmad Idham turut menafikan dia mendapat manfaat setaraf diplomat semasa di kementerian itu seperti yang didakwa segelintir pihak.



"Apabila tomahan itu datang, kebimbangan saya kalau jawab adakah sahih atau ada orang cuba lagakan kami untuk jatuhkan imej dalam Bersatu atau menteri. Kalau betul saya nak masuk politik, baik saya terus jumpa (Presiden Bersatu) Tan Sri Muhyiddin. Nak kata Bersatu Pahang tak setuju, saya sendiri tak pernah jumpa atau terlibat dengan aktiviti mereka.

"Saya lebih terlibat di Indera Mahkota, di kawasan parlimen menteri saya. Mungkin ada pihak nak gunakan nama kami untuk jatuhkan Bersatu dan dianggap seperti kejam buang orang. Saya tidak mendapat banyak kelebihan... hanya ada bilik kecil dan passport diplomatik sahaja. Tak ada pun pemandu atau kereta khas," jelasnya.

Malah, Ahmad Idham turut berkongsi pencapaiannya sepanjang empat bulan berkhidmat di kementerian tersebut: "Dalam masa empat bulan, mana boleh petik hari ini, esok boleh jadi. Siapa kerja dalam kerajaan, mesti tahu proses untuk wujudkan satu unit.

"Tapi saya berjaya wujudkan satu unit di mana akan ada satu platform untuk promosikan karya seni di kedutaan luar negara. Dalam masa empat bulan, proses itu sudah sampai ke tahap JPA. Saya tak dapat nak sahkan, tapi boleh saja tanya orang kementerian," katanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: