05 March 2022

IMPIAN NITA HAMZAH KE TANAH SUCI, ALYAH TUNAIKAN: "IKUT KEMAMPUAN SAYA, BELUM MAMPU..."



"Umrah yang tak dirancang. Assalamualaikum post ini adalah istimewa buat seseorang yang selalu nak saya berjaya, nak saya senang dan yang paling penting nak bawa saya ke rumah Allah SWT. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah syukur dengan izin Allah SWT saya telah dipanggil ke rumah Allah SWT.


"Kalau mengikutkan kemampuan saya, belum mampu untuk kesana," itulah tulis penyanyi Nita Hamzah yang merakamkan ucapan penghargaan buat rakan selebriti, Alyah yang merupakan individu bertanggungjawab merialisasikan impiannya untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah, baru-baru ini.

Menurut Nita, Alyah merupakan seorang sahabat yang sangat pemurah dan sentiasa menginginkan yang terbaik buat orang-orang di sekelilingnya. Katanya lagi, tanpa bantuan Alyah, tidak mungkin dia dapat menjejakkan kaki ke rumah Allah itu.

Klik untuk gambar besar



Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, 'Hadirah Cinta' itu menerusi sebuah hantaran di Instagram. Dalam pada itu, Nita turut menambah, dia juga berasa amat bertuah kerana dikurniakan sahabat yang sanggup menerima baik dan buruknya selama ini.

Jelasnya lagi, dia juga merasakan jasa Alyah amat besar buat dirinya dan tak mungkin akan terbalas. Dikesempatan itu juga, Nita turut berharap agar persahabatan mereka ini akan berkekalan hingga akhir hayat.

"Tetapi disebabkan saya dikurniakan seorang sahabat yang Allah SWT hantar kepada saya, apa yang saya impikan tercapai jua walaupun saya bukanlah seorang sahabat yang sempurna tapi dia menerima saya seadanya saya.



"Sepanjang di Makkah di depan Kaabah nama you langsung tak ditinggalkan atau lupa. Dear Noor Hasliah Abu Hassan, hanya Allah SWT sahaja dapat membalas apa jua yang lakukan buat I. Tak terbalas dibuatnya.

"Hanya Allah SWT sahaja tahu betapa sayangnya i dekat you. Maafkan I sekiranya I tidak sempurna sepanjang persahabatan kita. Semoga Allah SWT sahaja membalas kebaikan sahabat ku ini," ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut kagum nilai persahabatan yang ditunjukkan oleh Nita dan Alyah. Difahamkan, Nita kini telah pun pulang ke tanah air dan sedang menjalani tempoh kuarantin wajib.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: