31 March 2022

BILA AISAR KHALED BANGGA BERJAYA BELI KONDOMINIUM MEWAH RM1 JUTA DEKAT KLCC DIUSIA 22 TAHUN



Menerusi perkongsian di laman Instagram, personaliti media sosial dan juga pelakon, Aisar Khaled meluahkan rasa syukur dan terharu apabila impiannya untuk memiliki rumah sendiri di usia 22 tahun akhirnya tercapai.


"Alhamdulillah rumah pertama berhadapan Kl Tower. Tak sangka dengan usia yang macam ni dapat jugak apa yang I impikan syukur sangat sangat," tulisnya yang berkongsi video dan foto ketika dia meninjau rumah yang baru dibeli itu.

Perkongsian Aisar menjadi perhatian ramai dimana rata-ratanya meninggalkan komen positif dan meminta pelakon filem 'Gila Gusti' ini berkongsi tip dan nasihat untuk berjaya di usia muda.

Klik untuk gambar besar



Menurut Aisar, kediaman jenis kondominium mewah berharga RM1 juta itu terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur: "Syukur Alhamdulillah rezeki saya miliki rumah ini, perasaan sangat gembira dan terharu sebab tak sangka dapat beli sebuah rumah di usia yang masih muda.

"Awalnya tak jangka pun nak beli rumah ini tapi tiba-tiba terdetik di hati nak miliki rumah. Kalau saya tak duduk pun boleh dibuat pelaburan. Sejujurnya saya bangga dengan diri sendiri sebab selepas melalui pelbagai cabaran termasuklah mencari rezeki di usia 17 tahun akhirnya ini hasil yang saya miliki.



"Saya bermula dengan seronok-seronok main Instagram, kemudian berlakon dan kini buat bisnes. Saya anggap semua ini adalah rezeki dari Allah untuk saya dan keluarga," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Berkongsi mengenai perniagaan yang diusahakan, Aisar memberitahu dia membuka syarikat berasaskan pelaburan, baru-baru itu: "Ini perniagaan saya sendiri. Tujuan saya jalankan bisnes ini untuk bantu anak muda berjaya dan miliki harta di usia muda. Tak ada masalah kalau sertai bidang pelaburan ini, yang penting kena ada ilmu.

"Walau apa pun pekerjaan kita buat, kunci utamanya kena rajin dan jangan cepat putus asa. Setiap pekerjaan ada risiko tapi insyaAllah kalau kita ada semangat pasti ada hasil. Jangan takut berdepan risiko, itulah yang akan mematangkan dan menguatkan kita untuk terus berjaya," katanya.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: