19 March 2022

KERAP MUNCUL DENGAN KONTROVERSI - AISAR KHALED AMBIL PENGAJARAN, AKUI DULU TAK FIKIR KESAN



"Sebelum ini, dah banyak benda yang berlaku. Saya ambil pengajaran daripada setiap pengalaman yang berlaku untuk belajar dan mendidik diri saya," ujar bintang YouTube dan pempengaruh, Aisar Khaled, 22, yang memberitahu dia menjadikan setiap yang berlaku sebagai pengajaran untuk membentuk dirinya menjadi individu yang lebih baik.


Sebelum ini, nama Aisar Khaled kerap muncul dengan pelbagai kontroversi yang memalit dirinya. Aisar dilihat umpama sengaja mencipta kontroversi untuk menaikkan namanya dan selepas itu tentunya dia akan berdepan dengan kecaman hebat daripada netizen.

Antara kontroversi membabitkan namanya ialah ketika dia membuat kandungan untuk platform media sosialnya dengan melawat kubur penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Klik untuk gambar besar



Tidak lama selepas itu, heboh di media sosial apabila dia mengislamkan beberapa individu dan selepas itu, bersembahyang di tempat terbuka yang tidak bersesuaian.

Menurut Aisar yang juga seorang pelakon, dia sendiri tidak pernah merancang untuk terbabit dalam mana-mana kontroversi yang mampu membunuh nama serta reputasinya. Tambahnya lagi, dia kini ingin memberi tumpuan penuh kepada kerjayanya sebagai pelakon.



"Saya tak pernah rancang setiap benda yang saya buat itu akan menimbulkan kontroversi. Kadang-kadang, saya tak terfikir pun mengenai kesannya selepas ia tular," katanya.

"Saya nak fokus kepada industri lakonan. Saya nak perlahankan sedikit kandungan-kandungan yang mungkin akan mengheret saya ke dalam kontroversi. Sekarang, saya nak lebih serius dan saya akan sentiasa berfikir semasak-masaknya sebelum melakukan sesuatu tindakan," katanya.

Dalam perkembangan terkini, Aisar muncul dalam filem aksi berjudul 'Gila Gusti' dimana memaparkan kisah di sebalik realiti kehidupan dan kerjaya ahli gusti profesional.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: