13 March 2022

"MAMA NI LAH KAWAN SAYA... SAYA SANGAT RAPAT DENGAN MAMA" - ELLY MAZLEIN SEBAK KENANG ARWAH IBU



"Arwah (ibu) meninggal pada tahun 2014, sebenarnya Elly Mazlein ni seorang yang tak ramai kawan, saya ni seorang lebih rapat dengan keluarga jadi Mama ni lah kawan saya. Bila dia dah tak ada, saya rasa dunia saya sangat gelap sebab saya sangat rapat dengan Mama. Apa sahaja yang saya buat mesti dengan Mama, yang selalu bagi komen apa yang okey apa yang tidak.


"Selalu ikut saya pergi buat 'show' sana sini, lepas tu tiba-tiba Mama tak ada tapi untuk saya masa itu saya susah nak terima dan semua orang tahu yang saya memang sangat rapat dengan Mama," demikian luah penyanyi dan pelakon Elly Mazlein sambil menitiskan air mata apabila mengenang kisah permergiaan ibu tercinta, Allahyarhamah Sabariah Ahmad yang telah kembali rahmatullah, 8 tahun lalu.

Untuk makluman, arwah ibu Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, telah disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas pada tanggal 11 Mei 2014.

Menerusi rancangan Keringat Selebriti, di Awesome TV, baru-baru ini, Elly turut mengakui dia sudah lebih dua dekad dalam industri. Jelas Elly lagi, dia telah mulai terlibat dalam karier seni nyanyian seawal berusia 17 tahun.

Klik untuk gambar besar



"Saya mula ada album pertama ketika saya di tingkatan lima, kalau dikira balik saya dah ada dalam industri lebih 20 tahun. Tapi sebelum saya ada album pertama tu, saya memang sudah mula menyanyi di sekitar kawasan perumahan dekat Sitiawan, Perak dulu.

"Sebenarnyakan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini sangat membantu saya dalam industri sebab masa itu sempatlah saya masuk peringkat separuh akhir Muzik-Muzik. Jadi, lagu ini lah yang banyak membantu menaikkan nama saya dalam industri sebelum jadi seorang pelakon.

Menurut Elly, lagu nyanyiannya berjudul 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' banyak membantu menaikkan namanya dalam industri selepas ia dilancarkan menerusi album keduanya, pada tahun 2000.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: