13 March 2022

KEGIGIHAN INTAN NAJUWA BUAHKAN HASIL - PEROLEH A UNTUK SUBJEK 'CRIMINAL LAW'



"Semua malam tanpa tidur membuahkan hasil. Jom net gerak ke semester seterusnya wehu," itulah tulis pelakon Intan Najuwa apabila memperoleh keputusan yang cemerlang dimana dia mendapat dua A bagi subjek undang-undang jenayah dan undang-undang kontrak, sewaktu menjalani peperiksaan akhir semesta baru-baru ini.


Melihat pada video yang berdurasi kurang satu minit itu menerusi platform TikTok, menunjukkan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, mencapai peningkatan seratus peratus dengan markah keseluruhan mendapat 80.

Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan pujian dan ucapan tahniah daripada wargamaya di atas kejayaan manis Intan. Malah, tidak kurang juga ramai yang kagum melihat Intan mencatatkan keputusan A bagi subjek undang-undang jenayah yang boleh dikatakan agak sukar.

Terdahulu, Intan mengambil peperiksaan tersebut ketika sedang bercuti di London, United Kingdom. Imbas kembali sekitar Disember tahun lalu, Intan mendedahkan dia kini sedang menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang di kolej BAC di Singapura.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: