12 March 2022

MULA BUKA AKAUN TIKTOK - AKSI GAMBIT AMBIL WUDUK GUNA SALJI TERIMA PELBAGAI REAKSI



Kebanyakkan selebriti sudah mempunyai TikTok termasuklah pelakon Gambit Saifullah atau nama sebenarnya Mohd Saifullah Rosli, 37, yang dilihat mula membuka akaun TikTok hari ini setelah mendapat permintaan yang tinggi daripada peminatnya.


Namun begitu, salah satu perkongsian Gambit iaitu sebuah video lama menunjukkan dirinya sedang mengambil air wuduk menggunakan salji ketika menggembara ke luar negara telah mengundang perbalahan wargamaya mengenai penggunaan salji sebagai alternatif untuk menyucikan diri.

Namun di sebalik perbalahan tersebut, ada yang turut memuji pelakon filem 'Paskal' itu yang tetap menunaikan perintah Allah meskipun berada di luar negara.

Klik untuk gambr besar



"@akakyellowfancy657: Salji boleh jangan Yang orang dah pijak Kotor, kena Cari Yang bersih tempat orang tak pijak." - "@AdieMohd@STG: saya pun ingat-ingat lupa. setahu saya kalau salji memang air mutlak tapi cairkan dulu baru guna."

"@nurulhidayahtushima: dia boleh guna salji…biar la dia…" - @Alin Kamarulzaman: Alhamdulilah, dia jaga solat." - "@DonRidz: selagi ada air…guna la air Gambit oii." - "@Tik Toker: walau dimana berada solat itu penting."

"@Sir Kepslok: air mutlak - hujan, salji, sungai, laut, air mata air, embun, perigi. Boleh buat bersuci." - "@user98714620184057: Alhamdulillah… Sejuk hati bila lihat artis lelaki yang sis follow lakonan mereka ada nampak la mereka solat waktu mereka sedang bekerja," antar komen-komen wargamaya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: