12 March 2022

SUAMI KINI TUNAI UMRAH - MAWAR RASHID TAK JANGKA POSITIF C0V1D KALI KEDUA



"Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan baik. Saya tidak mengalami gejala teruk, cuma lemah badan sedikit saja. Selepas pulih daripada jangkitan Covid-19 tahun lalu, saya agak paranoid dan lebih berhati-hati. Jadi ketika saya mula tidak sedap badan Rabu lalu, saya terus buat ujian RTK di klinik keesokannya.


"Ketika dilaporkan positif C0V1D, saya terus mengasingkan diri daripada anak dan ibu yang kebetulan tinggal bersama buat sementara waktu. Apa yang paling merisaukan adalah jika virus ini berjangkit dengan ibu dan anak. Sebelum ini ibu paling teruk kena, jadi saya tak mahu dia terdedah dengan risiko ini lagi," katanya.

"Walaupun Raf tiada bersama saya sekarang, sekurang-kurangnya dia dapat mendoakan saya di Makkah. Tipulah kalau tak rindu, tapi syukur ibu ada bersama saya. Sekurang-kurangnya saya tidak sunyi di rumah dan ibu boleh tengokkan anak sementara saya menjalani tempoh kuarantin," ujar pelakon Mawar Rashid yang tidak menyangka dia dijangkiti C0V1D buat kali kedua sejak kelmarin.

Klik untuk gambar besar



Mawar ketika dihubungi berkata, dia bagaimanapun bersyukur apabila gejala yang dialami tidak seteruk ketika positif virus itu pertama kali pada Julai tahun lalu.

Menurut Mawar, biarpun kali ini terpaksa menjalani kuarantin tanpa kehadiran suami yang juga pelakon Raf Yaakob kerana sedang mengerjakan umrah, namun dia bersyukur apabila suaminya dapat mendoakan kesihatannya di Tanah Suci.

Terdahulu, Mawar memaklumkan pengalaman dijangkiti C0V1D pada Julai tahun lalu adalah pengalaman hitam dalam hidupnya.













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: