12 March 2022

SHARNAAZ: "HANYA BENDA-BENDA POSITIF DALAM HIDUP SAYA... TAK MARAH AIH, GEMBIRA SAHAJA"



Status luahan adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah seolah merujuk kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu baru-baru ini hangat diperkatakan.


Ditanya berhubung perkarav tersebut, Sharnaaz berkata dia enggan memanjangkan isu tersebut serta tidak mahu bersifat negatif.

"Hanya benda-benda positif dalam hidup saya. Yang negatif minta dalam test kit (ujian kendiri) C0V1D sahaja. Saya tak berminat nak komen panjang. Saya sekarang ada kehidupan yang indah bersama yang tersayang, Jebat Jayden," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Ditanya sama ada dirinya marah dengan isu yang tercetus, Sharnaaz berkata dirinya gembira sahaja dan mengakui sudah lama tidak marah-marah.

"Tak marah aih. Gembira sahaja. Dah lama tak marah-marah ni. Kena marah ada lah dengan Jebat," katanya.

Terdahulu, Sharnaaz berkata dia tidak mampu menghalang peminat untuk mendoakan tentang jodohnya namun dia percaya semua itu di tangan Allah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: