24 March 2022

"NI KAU NAK AKU MAKAN APA?" - ZYNAKAL BENGANG BAKI RM19.15, DUIT ROYALTI RM120,000 DISONGLAP KENALAN RAPAT



Pada malam Rabu, penyanyi Zynakal telah meluahkan rasa bengang di media sosial berkaitan kehilangan duit royalti lebih RM120,000, gara-gara disonglap oleh individu yang rapat dengannya. Dia juga berkongsi paparan skrin aplikasi perbankan yang menunjukkan baki akaun berjumlah RM19.15.


Katanya, tindakan kenalannya itu melampau dan perlu diambil tindakan: "Lama sangat aku diam tapi bagi muka kena pijak. Kalau kau rembat RM10 aku boleh halalkan, tetapi kes ini segala duit aku hilang. Ni kau nak aku makan apa?" tulis Zyn.

Bagaimanapun, Zynakal atau mesra disapa Zyn, 23, yang masih terkejut dengan perkara itu menafikan ia ada kaitan dengan mana-mana syarikat rakaman atau pihak pengurusannya.

Klik untuk gambar besar



"Cukuplah saya katakan ia tidak ada kena-mengena dengan mana-mana syarikat pengurusan atau rakaman. Kes ini melibatkan saya dengan seorang individu yang saya kenal secara peribadi. Apa tindakan yang akan saya ambil juga tak perlulah cerita kerana takut nanti individu tersebut akan tahu pergerakan saya," katanya ketika dihubungi.

Berkongsi lanjut hal itu, penyanyi lagu 'Sakit' ini berkata, dia mula menghidu wujudnya penyelewengan berkenaan sejak hujung tahun lalu. Katanya, duit yang diambil itu juga adalah hasil titik peluhnya dalam bidang seni.

"Saya dah mula sedar duit saya hilang sejak hujung tahun lalu. Kebanyakan wang tersebut adalah hasil daripada pendapatan saya dalam bidang seni," ujarnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: