09 March 2022

"SANGAT TAK MASUK AKAL..." - SHIHA ZIKIR JAWAB DAKWAAN PERSEMBAHAN DI AJL36 SESAT & SYIRIK



Persembahan penyanyi Shiha Zikir, 35, bersama Noki menerusi lagu 'Aewo' di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Ahad lalu, telah didakwa oleh netizen mempunyai unsur syirik dan menyesatkan.


Shiha bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan berkata, sekiranya susun atur set persembahannya pada AJL36 dikaitkan dengan dajjal seperti yang tular dalam media sosial, sudah pasti idea itu akan ditentang lebih awal oleh TV3.

"Sangat tak masuk akal. Mana mungkin pihak TV3 mahu melepaskan konsep persembahan yang mempunyai elemen sebegitu (unsur syirik). Saya takkan buat persembahan yang boleh memesongkan akidah.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya persembahan saya pada malam itu ada jalan cerita berdasarkan muzik video Aewo. Kalau penonton tidak faham apa yang cuba saya sampaikan, mereka akan berfikir secara negatif," katanya.

Terdahulu, tular dalam media sosial konspirasi oleh netizen apabila mendakwa konsep persembahan Shiha pada malam AJL36 lalu mempunyai unsur syirik dan menyesatkan. Menurut Shiha, apa yang dipersembahkan pada malam itu adalah berunsurkan pementasan ala teater.

"Saya mahu tampil dengan konsep ala teater dan lakonan. Mungkin persembahan sebegini tidak sesuai di Malaysia. Pada pandangan saya, orang yang menonton, mereka akan fikir perkara negatif dahulu. Apa-apa pun saya sangat berpuas hati dengan persembahan yang saya bawakan bersama Noki walaupun pulang dengan tangan kosong," ujarnya.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: