30 March 2022

SHERRY ALHADAD NAFI KURUS SEBAB JODOH: "BADAN SAYA MACAM NI DARI KECIL, NAK FIT PERLU KE GIM"



"Tiada istilah nak kurus sebab nak cari jodoh kerana bagi saya jika seseorang itu benar mahukan saya dari awal lagi dia perlu terima saya seadanya. Bagaimana pun saya belum lagi ada kekasih mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk itu. Terus-terang tiada yang mendekati saya. Mungkin orang ingat saya ni suka melawak sahaja dan menganggap saya tidak pernah serius.


"Badan saya memang macam ni (besar) dari kecil, jadi nak fit saya perlu ke gim selain mengambil produk kurus. Tiada target berapa lagi hendak turunkan berat badan. Cukup lah saya konsisten kerana yang penting di usia 38 tahun ini saya mahu jaga kesihatan dan stamina untuk bekerja.

"Sekarang pun lifestyle saya dah berubah, tiada lagi lepak mamak. Milo yang saya suka dulu pun saya dah tak ambil dan segala minum manis," ujar pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad yang menafikan tujuannya menurunkan berat badan dan langsing adalah kerana mahu mencari jodoh.

Klik untuk gambar besar



Kata Sherry atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Syed Abdullah, 38, soal jodoh sepatutnya bakal suaminya kelak menerima dia seadanya bukan kerana fizikalnya.

Tambah Sherry yang juga pengacara Big Stage 2022 itu sehingga kini belum ada lelaki yang cuba mendekatinya mungkin atas sebab karekter dirinya.

Bercerita lanjut mengenai proses menurunkan berat badannya, Sherry memberitahu dia kini berjaya menurunkan berat badannya ke tahap yang maksimum iaitu 18 kilogram.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: