30 March 2022

TAMPIL BERTUDUNG - ISTERI FIZO OMAR KINI SUDAH BERHIJRAH?



Pelakon Fizo Omar menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini ada memuat naik gambar bersama isterinya, Fazeera Nazri yang kelihatan ayu dan manis sekali memakai tudung. Difahamkan, pasangan itu hadir ke sebuah kursus selama empat hati.


Perkongsian foto itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja melihat perubahan isteri pelakon itu. Malah, peminat turut mendoakan agar Fizo dapat mebimbing isteri hingga ke syurga dan tetap istiqamah bertudung.

Dalam pada itu, ramai netizen yang gembira melihat kebahagiaan pasangan ini dan baby bump yang semakin membesar. Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada isteri Fizo benar-benar sudah bertudung atau memakai ketika kurus itu sahaja.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: