"Bukan tak terfikir untuk kembali demi anak, tapi buat masa ni biar Killa dan saya rasa okey sedikit. Maksudnya bagi masa untuk diri sendiri, tapi kalau tak ada jodoh tetap tak boleh buat apa.
"Tapi yang penting anak kami dapat dibesarkan dengan sebaik-baiknya," demikian tutur penyampai radio Suria FM, Fizi Ali yang menyerahkan soal jodoh kepada takdir.
Sambutan hari ulang tahun kelahiran anak Fizi dan bekas isterinya yang juga pelakon Shakilla Khoriri baru-baru ini menjadi bualan ramai. Paling menyentuh perasaan apabila Fizi dan Shakilla dilihat mesra bagi memastikan anak mereka gembira.
Klik untuk gambar besar
Rata-rata netizen terus mendoakan agar kedua-dua mereka kembali bersatu sebagai pasangan suami isteri demi kepentingan anak.
Untuk makluman, Fizi dan Shakilla mengumumkan perceraian mereka pada Disember 2021. Mereka berkahwin pada Februari 2018 dan mempunyai seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.
________________________

No comments:
Post a Comment