10 March 2022

"SUDAH LAMA KAMI TUNGGU..." - ZIZI BERSYUKUR AKHIRNYA BAKAL ADAKAN RESEPSI SELEPAS 6 BULAN NIKAH



Pasangan selebriti Zizi Kirana, 36, dan Yusuf Bahrin, 29, akhirnya bakal mengadakan majlis resepsi sempena perkahwinan mereka itu pada 26 Mac depan, selepas enam bulan mendirikan rumah tangga iaitu pada 19 September tahun lalu.


Kata Zizi Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, majlis itu diadakan secara kecil-kecilan di kampung halaman Yusuf di Melaka dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat.

"Sudah lama kami tunggu nak buat majlis untuk keluarga dan kawan-kawan rapat, Alhamdulillah akhirnya dapat berjumpa mereka meraikan hari bahagia kami. Sebelum ini jadual agak padat dengan kerja, jadi apabila ada tarikh kosong ini kami teruskan.

"Majlis pun buat kecil-kecil sahaja, kiranya macam majlis kesyukuran... bukanlah majlis resepsi yang betul-betul siap ada bersanding semua, niat kami hanya nak jumpa famili dan kawan-kawan.

Klik untuk gambar besar



"Sepanjang majlis itu nanti, kita akan ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Dalam keadaan sekarang ini, tak boleh nak jemput ramai-ramai dan kita juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Sementara itu, penyanyi lagu 'Pijak' ini mengakui gementar menanti majlis berkenaan mengenangkan dirinya sebagai pengantin pasti menjadi tumpuan tetamu.

"Tiada sebarang persediaan besar pun sebab kami masing-masing tengah sibuk menyelesaikan kerja di Kuala Lumpur, jadi kita sediakan apa yang perlu sahaja. Pakaian, lokasi, makanan dan jemputan semua dah selesai cumanya saya gementar sikit sebab nanti nak kena berjalan depan orang ramai.

"Kalau masa persembahan tu feel lain, tapi ini dengan baju pengantin lagi. Satu pengalaman baharu buat kami berdua. InsyaAllah semoga semuanya akan dipermudahkan," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: