Selepas baru sahaja menjalani prosedur pembedahan akibat komplikasi hamil luar rahim (ectopic pregnancy), pelakon Shima Anuar menerusi laman Instagram memaklumkan tahap kesihatannya sudah pun menunjukkan tanda-tanda positif.
Shima dalam masa sama turut mendedahkan, dia akan tetap menjalani proses berpantang seperti biasa demi menjaga badan serta organ dalamannya dan harus mengenakan bengkung agar dapat menegakkan badannya.
"Day 3 after operation. Slowly dah boleh tegakkan badan. And i need my bengkung to support me. Bengkung ni memang khas untuk czer. Beli masa beranakkan Sophia.
"Kalau tak asyik bongkok je bila bangun. Macam nak patah dah pinggang ni tahan sakit. Last night perut sakit sgt sebab banyak angin. Kentut pun malu-malu nak keluar. Caner tah. Ishh! Stress betul," katanya.
"This morning minum air halia. Baru la ok. And tomorrow baru start pantang dgn my CL. Actually haritu doc kata takyah pantang pun takpe. You can eat whatever you want to eat. Hahah kite pulak takut wakkk.
"Kite sayang badan. Better pantang jela. Hopefully luka kat dalam tu cepat baik. Later kite share-share lagi ok?" ujar pelakon drama 'Suamiku Lelaki Pendosa' ini lagi.
Klik untuk gambar besar
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut terinspirasi dengan semangat dan kekuatan yang ditunjukkan oleh Shima.
"Get well soon babe. Much love and prayers coming your way." - "Awak ni strong woman la. Speedy recovery babe. Sending big hug." - "You kan memang betul-betul kuat. Segala kerja you boleh buat. Then, tiba-tiba jadi macam ni, I tengok you betul-betul seorang wanita, isteri dan ibu yang kuat. I adore you sangat-sangat.
"Speedy recovery babe. Strong mommy. Selamat berpantang." - "Ingatkan anak dara rupanya dah kahwin. Sangat cantik dan pandai jaga badan," antara komen-komen netizen.
Beberapa hari lalu, Shiha mengejutkan ramai selepas memaklumkan kandungannya terpaksa dibedah. Shima juga dilaporkan telah kehilangan banyak darah sewaktu pembedahan tersebut berlangsung.
Untuk makluman, Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017. Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.
________________________
No comments:
Post a Comment