10 March 2022

POSITIF C0V1D KALI KEDUA - NABILA HUDA AKUI SAKIT NI LEBIH TERUK DARIPADA YANG PERTAMA



"Saya kena C0V1D lagi buat kali kedua tapi kali ni saya rasa macam sakit dia lebih teruk daripada kali pertama. Kali kedua ni saya ada beberapa simptom seperti sakit tekak yang sakit gila, selsema sikit, lepas tu demam macam on off," jelas pelakon Nabila Huda yang mengesahkan dia positif C0V1D buat kali kedua melalui ujian kendiri.


Menerusi satu hantaran video di IG Storynya, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, 38, kesakitan yang dirasainya kini agak teruk berbanding pertama kali positif menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu.

Berkongsi situasi terkini, Nabila sedang menjalani tempoh kuarantin di negeri Perlis memandangkan dia berada di set penggambaran filem 'Telaga Suriram' arahan pengarah terkenal Osman Ali. Turut sama disahkan positif adalah pembantunya di set penggambaran yang sama.

"Here we go again, kena kuarantin. Tapi yang tak bestnya sebab saya kat Perlis, saya jauh daripada keluarga. Saya ada post di Instagram saya buat test negatif tapi bila sampai sini, I buat test, positif.

Klik untuk gambar besar



"Masa positif kali pertama, tak macam ni. Masa tu cuma hilang deria rasa dan deria bau dimana teruk jugak tapi takde rasa kesakitan. Yang sekarang ni macam, rasalah sakit tu," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, anak kepada lagenda rock Amy Search itu juga memohon doa orang ramai agar dia segera sembuh dan boleh kembali menjalani penggambaran seperti biasa.

"Doakan saya cepat sembuh ya. Saya okay, cuma berehat dan kru produksi, pelakon semua belikan makanan, ubat, mereka jaga saya dengan baik," katanya.

Terdahulu, hanya Nabila seorang sahaja yang disahkan positif manakala suami, Izwan Johar dan anaknya, Keisha Laila masing-masing negatif.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: