10 March 2022

ROSLI MOHALIM TERPAKSA BEREHAT SELEPAS DISERANG ANGIN AHMAR



Pemain gitar legenda, Rosli Mohalim, 67, telah diserang angin ahmar ringan kira-kira tiga bulan lalu ketika berada di Jakarta, Indonesia bagi menjayakan satu persembahan. Dek kerana itu, Rosli yang juga pemain gitar Sweet Charity itu terpaksa berehat seketika dan tidak dapat bekerja.


"Sebaik bangun tidur ketika Subuh, saya rasa kebas bahagian sebelah kanan badan lalu terjatuh. Saya pergi bersendirian ke Jakarta dan selepas itu saya dikejarkan ke hospital di sana dan menerima rawatan selama dua hari.

"Selepas itu saya dibenarkan keluar dan terus pulang ke Malaysia. Sekarang tangan kanan dan kaki kanan masih lagi lemah. Mula-mula langsung tak boleh bergerak tapi sekarang dah boleh gerak sikit-sikit. Saya pun buat terapi sendiri," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Rosli yang kini tinggal bersama isteri dan seorang anaknya di Johor Bahru ini berkata, dia memang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah kolesterol.

"Saya sentiasa makan ubat yang diambil dari hospital. Apapun saya terima ujian ini. Saya bersyukur kerana kawan-kawan ada beri sumbangan. Namun, saya alu-alukan sekiranya mana-mana pihak bantu kerana saya tak dapat bekerja," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: