11 March 2022

TERPAKSA DITIDURKAN - ISTERI MOHON ADAKAN SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN UNTUK ALI XPDC



"Keadaannya 50 /50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hospital," demikianlah kata isteri kepada penyanyi Ali XPDC iaitu Sharifah Syarzana mengenai suaminya yang dimasukkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu, terpaksa ditidurkan semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.


Sharifah dalam satu kiriman suara kepada rakannya memohon semua peminat terutama rakan-rakan suaminya melakukan solat hajat dan bacaan Yassin untuk kesejahteraan Ali, 53.

Sementara itu, Facebook Sahabat XPDC turut memuat naik status terkini Ali kepada peminat mereka. Mereka turut memaklumkan Ali tidak dijangkiti C0V1D, cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan C0V1D.

"Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 malam hari ini (semalam). Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.

"Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah.

Klik untuk gambar besar


"Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah 'tidurkan' sementara buat masa ini. Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi di ditidurkan dan dipantau," tulisnya.

"Ali tidak dijangkiti C0V1D cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan C0V1D. Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat. Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat untuk kesihatan Mohd Ali Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu," katanya.

Terdahulu, Ali dikejarkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu apabila tiba-tiba didapati tidak bermaya ketika mahu makan selepas selesai berlatih di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.

Mereka berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: