11 March 2022

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AWESOME TV TEGAS TIDAK ADA SEBARANG ISU HTANG DENGAN AZWAN ALI



"Pihak Awesome TV memandang serius akan pertuduhan itu kerana pembayaran penuh untuk 10 minggu sudah pun dibuat pada hari yang sama dia digugurkan iaitu pada 8 Mac lalu walaupun dia cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh enam minggu saja.


"Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat beliau juga sudah dikeluarkan pada hari yang sama," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas yang menegaskan tidak ada sebarang isu hutang di antara stesen TV itu dengan bekas pengacara program Mic On Musim Kedua (Mic On 2), Azwan Ali seperti yang didakwa Azwan sebelum ini.

Adam berkata, baki bayaran untuk Azwan selaku pengacara sudah dilunaskan pada hari sama namanya digugurkan. Menurutnya, isu itu sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan.

Klik untuk gambar besar



"Isu bayaran untuk program Mic On 2 sudah selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program Mic On 2 yang masih berbaki empat minggu lagi," katanya.

Ditanya mengenai pengacara yang bakal menggantikan Azwan dan bergandingan dengan Issey Fazlisham, Adam berkata, pihaknya akan mengumumkan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

"Dalam pada itu, pihak produksi juga turut merancang membawa masuk khidmat pengacara jemputan untuk digandingkan bersama pengacara sedia ada, Issey bagi memeriahkan lagi konsert mingguan Mic On 2. Nantikan pengumuman rasmi dalam jangka masa terdekat ini," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: