Selepas pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat memberikan sokongan buat penyanyi Shila Amzah di Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-36 baru-baru ini, ramai yang meminta Sharnaaz & Shila kembali bercinta.
Malah, dalam satu temu bual Sharnaaz berkata dia tidak menghalang orang ramai mendoakan tentang jodohnya serta mengakui ada berbalas mesej dengan Shila.
Bagaimanapun, semalam perkongsian adik kepada Shila iaitu Syada Amzah di Twitter menjadi perhatian ramai. Ini kerana, perkongsian adik Shila itu seolah tidak senang apabila kakaknya dikenenkan dengan Sharnaaz.
Klik untuk gambar besar
Turut menjadi perhatian, status Syada bahawa dia tidak dapat memaafkan individu yang memanggil kakaknya jalang dan keluarganya barua. Namun begitu, tidak diberitahu status tersebut ditujukan kepada siapa.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seolah dapat meneka status itu merujuk kepada siapa. Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa terkejut serta dengan sikap biadab individu berkenaan apabila menghina keluarga orang lain.
Susulan pelbagai isu muncul, Shila menerusi laman Instagram miliknya dilihat ada menulis panjang mengenai keadaannya serta berharap agar diberi ruang.
Menurut Shila, dia tiada masalah dengan gosip yang timbul apatah lagi sudah lama berada dalam industri namun dia minta agar diberi sedikit ruang memandangkan dia baru sahaja bercerai. Kata Shila lagi, dia kini sedang menikmati momen indah selepas menjuarai AJL bersama SOG baru-baru ini.
"Sha okay je tau..Tapi if kalian okay with me , please bagi sha ruang. Selepas bercerai, Iddah pun belum habis lagi. This is the first time I get to , focus on me. Seumur hidup memang I always give myself away to people. Sha sedang menikmati #AJL36 , in sha Allah akan ada lebih lagi," tulisnya.
Jelas Shila lagi, dia mengakui masih belum sembuh dan keutamaannya kini adalah untuk anak tunggalnya, Seth Uwais. Dalam entri tersebut, Shila turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya.
________________________
No comments:
Post a Comment