11 March 2022

TRENDING NOMBOR 1 - MARSHA MASIH TERKESIMA, TERKEJUT PERTAMA KALI DAPAT PERHATIAN LUAR BIASA



Cerita mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 masih lagi menjadi bualan ramai termasuk persembahan penyanyi Marsha Milan, 37, menerusi lagu 'Cinta' yang tular di media sosial.


Nyanyian Marsha itu telah memukau semua orang sehingga mendapat perhatian ramai pengulas video dari luar negara yang membuat 'video reaction' persembahannya itu.

Bukan itu sahaja, persembahan Marsha yang dimuat naik di saluran YouTube TV3 Malaysia Official itu kini trending nombor satu di YouTube, malah tontonannya telah pun mencecah lebih 2.2 juta sejak 7 Mac lalu.

Sementara itu, Marsha berkata dia masih terkesima dengan sambutan diterima serta masih belum boleh proses apa yang berlaku sepanjang AJL36 itu.

Klik untuk gambar besar



"Saya ada dengar persembahan saya 'trending' yang mana dalam tempoh sehari lebih satu juta tontonan, tapi sejujurnya masih belum boleh proses apa yang berlaku di AJL. Saya masih lagi terkesima.

"Baru semalam dapat tengok semua video reaksi di YouTube. Saya berasa terkejut dan dalam masa sama gembira. Saya sebenarnya masih tak boleh percaya apa terjadi. Apa pun, saya terharu dengan segala ucapan diterima," katanya.

Dalam pada itu, Marsha meluahkan rasa syukur diberikan kekuatan sepanjang persembahan selepas dijangkiti C0V1D meskipun pada awalnya dia mahu menarik diri.



"Saya bersyukur pada Allah. Saya hanya ada Allah saja pada waktu itu untuk berikan kekuatan pada saya. Kalau ikutkan saya banyak kali cakap nak tarik diri, tapi pada saat akhir saya cakap pada pasukan tak apa saya nak nyanyi juga.

"Mereka cakap betulkah saya nak nyanyi sebab ketika itu saya positif. Saya cakap lagi pada mereka percayakan saya atau tidak. Terus mereka cakap percaya. Jadi kami sama-sama percaya yang saya boleh buat.

"Selepas letak telefon, saya cakap pada diri sendiri 'gila kau ni Marsha, yakin cakap pada orang begitu padahal suara keluar angin angin saja macam mana nak nyanyi'. Tapi Allah ada, dipermudahkan persembahan. Walaupun saya berasa banyak yang saya tak puas hati dalam persembahan itu. Apa pun saya tetap bersyukur," tuturnya.



Ahad lalu, lagu 'Cinta' ciptaan Bunga Cantik (Stacy Anam) dan Hang Nadim (Akim Ahmad) itu mendapat tempat kedua, selain Marsha dinobat pemenang Persembahan Terbaik.

Pertama kali mendapat perhatian sebegitu, Marsha atau nama penuhnya Marsha Milan Londoh mengakui terkejut apabila persembahannya itu memberi impak yang besar kepada penonton.

"Sebenarnya, saya baru merasai benda itu (persembahan diperkatakan). Masa selesai buat persembahan, memang saya dah tak fikir apa. Rasa lega sebab macam satu beban dalam hidup saya dah diangkat. Bila orang perkatakan persembahan saya, ingatkan macam sehari dua saja.



"Tapi impaknya besar sangat. Saya sendiri terkejut, sebab tak jangka selama ini saya keluar lagu atau buat persembahan, tak ada beri impak apa-apa," ujarnya.

Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga ini mengakui dia berasa bimbang dengan jangkaan orang terhadap persembahannya pada masa akan datang.

"Terus-terang, saya takut bila dapat sesuatu yang terlalu overwhelming akan memakan diri sendiri. Saya selalu kalau dapat macam ini, saya akan berjaga-jaga.

"Orang selalu cakap, kalau benda havoc ada expired date. Mungkin dua, tiga bulan saja, lepas itu tak relevan. saya takut benda tu jadi pada saya. Tapi saya akan cuba untuk jadi relevan dengan mengekalkan konsep dan direction yang saya dah set dari dulu lagi untuk nyanyian saya," jelasnya.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: