11 March 2022

ENGGAN GADUH, ANGGAP ISU BAYARAN MIC ON! DAH SELESAI - AZWAN ALI NAK PERGI LONDON, TUNAI UMRAH



"Saya dah lama anggap Awesome TV terkubur. Tak ada apa-apa kenyataan untuk saya berikan. Bagi saya, enough is enough. Sebab saya pun ada banyak benda nak buat dalam hidup. Sikit pun saya tak heran dan tak ambil pusing pun dengan kenyataan mereka.


"Saya ada benda lebih baik nak buat... lebih baik saya pergi bercuti. Sempadan pun dah nak buka, saya nak pergi London dan tunai umrah," itulah kata pengacara sensasi Azwan Ali yang enggan memanjangkan isu antaranya dan AwesomeTV dan memilih untuk 'move on'.

Ia selepas pihak stesen televisyen itu menjelaskan sudah membuat bayaran tertunggak kepada Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA pada hari dia dihentikan tugas pada 8 Mac lalu.

Pengacara berusia 56 tahun itu berkata, dia mahu meluangkan masa dengan bercuti di luar negara dan menunaikan umrah. Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Haji Ali diminta mengulas mengenai kenyataan daripada Awesome TV mengenai bayaran penuh yang diterima.

Sebelum ini, Azwan menuntut jumlah baki bayaran tertunggak seperti yang dijanjikan selain meminta pihak produksi untuk berhenti mengeluarkan kenyataan memburukan namanya.

Klik untuk gambar besar



Azwan turut mendedahkan dia tidak menerima sebarang surat rasmi dan kesal dengan tindakan stesen berkenaan yang mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, pihak Awesome TV tampil menjelaskan mereka sudah memberi bayaran penuh kepada Azwan pada hari dia dihentikan iaitu pada Selasa.

Biarpun hanya melunaskan tugas sebagai pengacara Mic On! selama enam minggu namun pihak stesen TV itu tetap memberi bayaran untuk 10 minggu.

Pihak Awesome TV turut memberitahu bahawa surat pemberitahuan rasmi penamatan khidmat Azwan telah dikeluarkan pada Selasa. Untuk maklumat, Azwan dihentikan tugas serta-merta selepas didakwa buat hal ketika mengendali program realiti tersebut.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: