11 March 2022

TIADA DARAH BEKU, PARU-PARU BERSIH TIADA JANGKITAN KUMAN - ALI XPDC AKAN DISEDARKAN



Penyanyi, Ali XPDC, 53, dilaporkan semakin beransur baik dan akan disedarkan semula, hari ini, selepas ditidurkan di Hospital Ampang, semalam.


Rakan baiknya, Fuad Shahrin menerusi laman Instagramnya telah memuat naik perkembangan terkini Ali yang diperolehinya setakat jam 10.30 pagi, hari ini.

"Pagi tadi pakar sudah periksa, Alhamdulillah keadaan dia okey, tiada darah beku dalam kepala, paru-paru pun bersih tiada jangkitan kuman.

"Cuma pakar nak buat pemeriksaan lanjut jantung dia. Insya-Alla petang ini kemungkinan besar Ali akan disedarkan semula," katanya.

Terdahulu isterinya, Sharifah Syarzana menerusi kiriman suara kepada rakannya memberitahu kesihatan Ali agak mencemaskan iaitu 50/50.

Dia juga memohon semua peminat terutama rakan suaminya melakukan solat hajat dan bacaan Yassin untuk kesejahteraan Ali.

Manakala Facebook Sahabat XPDC semalam memuat naik perkembangan terbaru Ali yang semakin sihat dan mula diajar melakukan aktiviti ringan.

Ali juga sudah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah. Mereka turut memaklumkan Ali tidak dijangkiti C0V1D, cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan C0V1D.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: