11 March 2022

ENGGAN PADAM GAMBAR YANG DIAMBIL - BEKAS SUAMI SITI SALEHA DIDAKWA MAKI WARTAWAN WANITA



"Terjadi pertikaman lidah antara mereka dan lelaki itu menggunakan bahasa kesat terhadap wanita berkenaan. Malah, dia mendekatkan dirinya ke arah wanita itu. Dia sangat bongkak," demikian kata saksi kejadian mengenai bekas suami kepada pelakon Siti Saleha iaitu Ahmad Lutfi Azhar yang juga merupakan pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak.


Tiada angin tiada ribu, hari ini hangat diperkatakan mengenai bekas suami Siti Saleha dimana dia didakwa memarahi seorang wartawan wanita kerana enggan memadamkan gambar yang diambilnya.

Lutfi juga didakwa menggunakan perkataan kesat dan merapatkan mukanya kepada wartawan itu. Difahamkan, insiden itu berlaku ketika Najib dan Ong sedang menjamu selera, apabila sepasukan anggota pegawai dari jabatan kesihatan telah cuba mendekati rombongan Najib.

Klik untuk gambar besar



Laporan memberitahu, Lutfi menyedari seseorang sedang mengambil gambar dan kemudian menghampiri seorang wanita merupakan seorang petugas media dan memintanya memadam gambar yang diambil itu.

Pertengkaran mulut bermula selepas wartawan tersebut enggan melayan permintaan Lutfi dan bertanyakan identiti Lutfi yang kemudiannya berkali-kali memaklumkan yang dia merupakan pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, pegawai khas kepada Najib itu membuat permohonan maaf serta menawarkan gaji satu bulannya dipotong.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: