11 March 2022

DIKECAM 'MENGORAT' WANITA LAIN, DIKATA GATAL & CEPAT 'MOVE ON' - INI PERJELASAN FIZI ALI



Penyampai radio Fizi Ali yang bercerai pada Disember tahun lalu itu baru-baru ini telah menerima kecaman gara-gara tindakannya didakwa mengorat seorang wanita dikenali sebagai Shahida.


Wanita itu ada memuat naik video di TikTok dengan menyatakan harapan bapanya yang meminta dia supaya jangan berkahwin dulu selepas tamat pengajian.

Tidak hanya itu, wanita itu juga turut menjawab komen Fizi dengan sebuah video memaparkan foto mereka bersama: "Kalau dengan awak, mesti ayah saya setuju. Ayah saya kata okay," tulis wanita itu.

Melihatkan respon tersebut, Fizi seolah gembira dengan jawapan diberikan dengan membalas, "OMG ayah kata okay. Tuan badan macam mana?"

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen berasa kurang senang dan kecewa serta mengecam tindakan Fizi yang seolah pantas bertemu pengganti.

Komen Fizi yang seolah-olah cuba memikat wanita itu dianggap terlalu awal untuk 'move on' selepas episod perceraiannya dengan pelakon Shakilla Khoriri.

"Patutlah orang kata Fizi memang ada perempuan lain." - "Baru beberapa bulan dah jumpa yang baharu, cepatnya lelaki move on." - "Maaflah, kami netizen susah move on kalau isteri tiada kontroversi tetapi ditinggalkan walau tak tahu apa punca," ujar beberapa netizen.



Menjawab kecaman itu, Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 33, menegaskan dia dan wanita berkenaan hanyalah berkawan dan komen yang ditulis itu sekadar gurauan.

Dalam pada itu, Fizi berasa kesal apabila ada yang menuduhnya sebagai lelaki gatal dan punca perceraian. Katanya, hal keruntuhan rumah tangga sebelum ini terlalu peribadi dan hanya mereka sahaja yang tahu.

"Saya dan Shahida hanyalah berkawan. Kami berjumpa di sebuah majlis dan dia memuat naik video kami bersama. Kalau orang yang kenal rapat, tahu bahawa saya seorang yang suka bergurau dan memberi komen manis sebegitu. Tak sangka pula ia menjadi bualan ramai sehingga saya menerima kecaman netizen.



"Selepas tersebar video tersebut, ramai yang katakan saya seorang lelaki gatal dan menjadi punca bercerai. Seperti yang saya katakan sebelum ini, hal perceraian saya biarlah kami sahaja yang tahu. Lebih baik saya diam.

"Jika netizen mahukan katakan saya menjadi punca, terpulanglah... saya tidak mampu nak tutup mulut mereka lagi. Saya juga bimbang jika nanti saya sudah ada jumpa pengganti hati, perkara sebegini akan berulang lagi," katanya.

Sementara itu, bagi Fizi isu cepat bertemu semula jodoh bukanlah satu masalah besar memandangkan dirinya kini kembali solo: "Tak kisahlah baru bercerai sekali pun kalau sudah bertemu jodoh itu semua ketentuan Tuhan. Ada juga yang mahukan saya kembali bersama Shakilla, dan itu juga terserah kepada jodoh," ujarnya.

Untuk makluman, Fizi dan Shakilla mengumumkan perceraian mereka pada Disember 2021. Mereka berkahwin pada Februari 2018 dan mempunyai seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: