14 April 2022

ALAMI KERADANGAN DI DINDING RAHIM SELEPAS PEMBEDAHAN APENDIKS - UYAINA TERPAKSA TAHAN SAKIT, MOHON DOA



"Assalamualaikum semua. Appendix saya telah pun berjaya dikeluarkan. Tetapi malangnya terdapat keradangan disekitar dinding rahim. Saya masih lagi dirawat di hospital dan bergantung kepada ubat tahan sakit," tulis pengacara dan pelakon Uyaina Arsyad menerusi perkongsian terkini di ruangan Instagram stories.


Dalam status tersebut, Uyaina yang selamat menjalani pembedahan selepas diserang Apendiks pada Isnin itu memberitahu, dia kini masih lagi dirawat di hospital selepas doktor mengenalpasti terdapat keradangan di bahagian rahimnya.

Katanya lagi, dia kini terpaksa menggunakan 'painkiller' bagi mengurangkan rasa sakit yang dialaminya ketika ini. Bagaimanapun, isteri kepada penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran ini telah dinasihatkan untuk tidak terlalu bergantung harap kepada 'painkiller' kerana kesan sampingannya akan membahayakan bayi di dalam kandungannya.

Lantaran, Uyaina diminta untuk bertahan dan melawan rasa sakit yang dirasainya itu: "Tapi doktor pun tak boleh nak bagi ubat tahan sakit setiap waktu sebab bahaya untuk baby. Buat masa sekarang, saya terpaksa menahan dan berjuang melawan rasa sakit. Mohon doakan untuk saya," kongsinya lagi.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, pengacara program Wanita Hari Ini, memohon agar semua pihak dapat mendoakan semoga dirinya dan kandungan akan sentiasa berasa dalam keadaan baik.

Sebelum ini, Uyaina memaklumkan perut berasa amat sakit sehingga menyukarkannya untuk bergerak. Pada awal bulan lalu, Uyaina mengumumkan mengenai kehamilan cahaya mata sulungnya pada awal bulan lalu.

Untuk makluman, Uyaina dan Syahiran telah mendirikan rumahtangga mereka pada tanggal 21 Disember 2021 dalam majlis yang berlangsung di Colony Star Boulevard, KLCC.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: