14 April 2022

"ENAM TAHUN TERJERUMUS DENGAN NAJIS DADAH, ITU SATU PENYESALAN TERBESAR..." - EZAD LAZIM



"Saya akui, tidak pandai dalam pelajaran. Tindakan saya meninggalkan alam persekolahan dan terus terjun ke bidang nyanyian adalah pengorbanan besar yang pernah dilakukan dalam hidup. Dari Alor Setar, Kedah, saya sambung tingkatan lima di sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur. Namun, pelajaran saya tidak ke mana, malah, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun lingkup.


"Jangan contohi saya, belajarlah selagi ada ruang dan peluang. Ketika saya meninggalkan alam sekolah untuk menjadi artis, ramai anggap tindakan saya tidak bijak. Ada yang anggap nasib artis tidak semuanya indah. Sedangkan, rakan sebaya berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Saya tak pernah menyesal pilihan saya. Pilihan itulah juga menjadikan saya manusia.

"Namun, saya salah percaturan dan kesilapan yang pernah dilakukan apabila enam tahun terjerumus dengan najis dadah. Itu satu penyesalan terbesar yang saya harap tidak akan berulang lagi. Najis dadah juga membuatkan kehidupan dan kerjaya saya hampir musnah. Namun, berkat sokongan keluarga dan peminat yang sentiasa memberikan semangat, saya bangkit semula dan belajar berubah menjadi insan lebih baik.

"Saya bertuah kerana isteri tersayang, Nor Azeana Ramli menjadi nadi dan tulang belakang. Isteri jugalah yang menguruskan perjalanan kerjaya saya. Alhamdulillah, saya masih berdiri atas paksi yang sama iaitu berkongsi karya seni buat peminat yang setia menyokong," itulah kata penyanyi Ezad Lazim.

Klik untuk gambar besar



Ezad mengakui bergelar artis bukanlah sesuatu yang dibanggakan apatah lagi dia meninggalkan sekolah untuk menjadi artis. Ezad juga mengakui tidak pandai dalam pelajaran serta meminta mereka diluar sana untuk belajar selagi ada peluang dan tidak menjadi seperti dirinya.

Meskipun memilih kerjaya sebagai artis, Ezad berkata dia tidak menyesal dengan pilihannya namun kesilapannya terjerumus dengan dadah adalah penyesalan terbesar dalam hidupnya.

Berdepan zaman kejatuhan dan kegelapan hingga hampir putus asa dalam hidup, bagaimanapun Ezad yang merupakan bekas vokalis kumpulan Exists itu bangkit dengan sokongan keluarga dan peminat.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: