30 April 2022

ARIPAH DAMANHURI TUNJUK PERUBAHAN POSITIF - ANAK LUAH SYUKUR



"Terima kasih atas segala doa dan sokongan semua terhadap mak. Saya sayang anda semua," demikianlah kata anak pelakon veteran Aripah Damanhuri, 73, iaitu Fais Nurpais Ismail yang mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan ibunya itu.


Aripah yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) kiini semakin menunjukkan perubahan positif sejak semalam. Anaknya berkata, mereka bersyukur tindak balas ibunya kini semakin banyak.

"Kalau kelmarin (Khamis) ibarat orang 'mamai' malas nak buka mata, hari ini nampak mak lebih dalam komunikasi. Macam nak bercakap, dah mula ada permintaan," ujarnya.

Berpegang kepada kata-kata doktor iaitu biarlah ibu mereka sembuh dengan caranya sendiri, kongsi Fais lagi, doktor turut menjelaskan berdasarkan pemerhatian mereka, sepsis (jangkitan kuman) dalam badan ibunya kini dalam proses pemulihan.

"Ia dah makin berkurang dan mereka sedang pantau agar benar-benar dapat pastikan mak bebas sepsis. Namun, disebabkan mak banyak baring, dah tentu punggung dan belakang badan mak ada kesan melecet dan ia berpotensi untuk jangkitan kuman.

"Jadi, jururawat di sini sentiasa menggerakkan badan mak ke kanan dan kiri setiap dua jam sekali, selain menyapu ubat pada kawasan terjejas.

"Keseluruhannya, mak memang dalam proses ke arah penyembuhan, alhamdulillah. Walaupun kemajuan mak tidak selaju mana dan perjalanan mak masih jauh lagi untuk pulih sepenuhnya, namun bila ada kemajuan yang baik walaupun sikit pun, dah mencukupi bagi kami," tuturnya.

Bagaimanapun menurutnya, jantung ibunya masih lemah dan masih diberikan ubat adrenalin dan norad. "Doktor sedang cuba dapatkan temujanji untuk periksa keadaan jantung mak dalam masa terdekat.

"Platlet mak dah kembali ke paras normal, jadi doktor dah mula boleh berikan ubat cair darah untuk membantu rawat jantung dan masalah 'stroke' mak.

"Berkenaan 'stroke' itu pula, masih terlalu awal nak tahu kesan sebenarnya kepada mak, namun doktor nasihatkan bila mak keluar hospital nanti, kena kerap buat terapi dan senaman untuk kuatkan balik otot," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: