08 April 2022

AZWAN ALI: "MEDIA SOSIAL DIVA AA AKAN TERHENTI SEPANJANG RAMADAN... ADA HIKMAHNYA"



"Assalamulaikum, salam hamba hulur tanda ingatan. Salam Ramadan 1443 Hijrah daripada ‘truly amazing’ Diva AA untuk berbilion-bilion muslim di seluruh dunia khasnya pengikut hebat Diva AA.


"Semoga Ramadan 1443 Hijrah membawa 1,000 keberkatan untuk kita semua insya-Allah. Jangan lupa puasa. Jangan lupa bersahur dan jangan lupa mengembalikan nostalgia Ramadan yang lama menghilang dari kita hampir setahun lamanya.

"Cuma Diva AA nak mengingatkan pada semua bahawa media sosial Diva AA akan terhenti sepanjang Ramadan 1443 Hijrah. Ada hikmahnya. Insya-Allah. Jumpa lagi," itulah tulis pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Sebut saja nama Azwan Ali, pasti ramai tahu yang beliau dikenali sebagai selebriti bermulut lancang. Bagaimanapun, sempena bulan Ramadan ini Diva AA mahu berehat daripada membuat sebarang perkongsian di media sosial

Berkongsi perkara itu menerusi laman Twitter, Azwan Ali dalam masa sama juga mengucapkan salam Ramadan kepada seluruh umat Islam, selain turut mendoakan agar Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.

Pada Mac lalu, hangat diperkatakan apabila pengacara sensasi itu dilaporkan telah digugurkan sebagai pengacara program realiti, Mic On! musim kedua di Awesome TV secara serta merta.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: