08 April 2022

BAKAL NIKAH TAHUN INI - WANY HASRITA ENGGAN DEDAH TARIKH DIRISIK & BERTUNANG



"Setiap orang mempunyai perancangan berkahwin, begitu juga saya. Insya-Allah, tahun ini tetapi bukan dalam masa terdekat, tempoh sebulan atau dua bulan ini.


"Apabila kad kahwin sudah keluar berserta tarikh, masa dan tempat ditetapkan, saya pasti akan berkongsi. Jangan risau, saya akan kongsi dahulu, barulah berkahwin.

"Sebab perkara ini juga masih baru. Untuk cakap lebih-lebih, saya pun takut sebab banyak hati dan perkara perlu dijaga. Saya mahu menjaga sebaik mungkin, biar berjalan dengan baik," ujar penyanyi Wany Hasrita yang memberi bayangan bahawa dirinya bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini namun bukan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Wany enggan mengulas lanjut kerana mahu menjaga hati banyak pihak. Jelasnya lagi, dia akan berkongsikan mengenai hal perkahwinanya itu apabila tiba masanya nanti.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Wany turut merahsiakan tarikh dirinya dirisik serta bertunang bagi menghormati pihak terbabit. Namun katanya, dia akan memaklumkan mengenai pernikahannya.

"Soal merisik dan bertunang, biar saya sahaja yang tahu. Disebabkan cuba sedaya upaya menghormati pelbagai pihak, tetapi kalau nikah, kami akan beritahu," tuturnya.

Nama Wany sebelum ini hangat diperkatakan selepas timbul dakwaan dia sudah melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu. Ditanya berhubung dakwaan tersebut, Wany mengakui terkejut dan menafikan perkara itu.

"Tidak, saya belum berkahwin lagi. Sabtu lalu, saya mengacarakan program Borak Dulu Baru Buka," katanya.


Ditanya mengenai bakal suaminya, Wany mengakui dia berharap untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang bukan daripada industri hiburan. Ujarnya, dia akan mendedahkan mengenai identiti jejaka itu apabila tiba masnya.

"Saya punya impian untuk berkahwin dengan seseorang yang bukan bekerja dalam industri. Jadi, jika ada jodoh, tercapailah impian itu.

"Jujurnya, apabila berkawan, memang niat ke arah itu memandangkan saya juga sudah berusia 30 tahun. Jadi, fasa main-main sudah berlalu, sekarang ini niat kena betul, iaitu mahu berkahwin.

"Berkahwin untuk ke syurga bersama-sama, insya-Allah. Itu sahaja yang boleh dikongsikan. Untuk pertanyaan berapa lama sudah berkawan, siapa namanya, persiapan dan sebagainya, saya akan beritahu apabila tiba masa," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: