08 April 2022

IZREEN AZMINDA: "SAYA ANGGAP SUDAH SELESAI, DIA JUGA HARAMKAN SAYA POST GAMBAR ANAK-ANAK DIA DI IG SAYA"



"Tak perlulah saya komen lanjut kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Saya anggap perkara ini sudah selesai. Dia juga haramkan saya post gambar anak-anak dia di IG saya," demikianlah kata pelakon Izreen Azminda.


Kenyataan Izreen itu adalah berhubung konflik membabitkan dirinya dengan bekas madunya, Intan Liana Saleh dimana ia kembali menjadi perbualan hangat netizen apabila masing-masing berbalas kenyataan di media sosial dengan luahan rasa tidak puas hati berkaitan hal anak-anak.

Nampaknya, kemelut antara Izreen dan Intan bagaikan tiada kesudahan walau kedua-duanya kini bahagia bersama pasangan masing-masing. Susulan perang mulut itu, Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 37, berkata Intan tidak membenarkan dia untuk berkongsi gambar anak-anak tirinya di Instagram.

Klik untuk gambar besar



Pertikaian dikatakan berpunca apabila Intan melarang pelakon itu berkongsi gambar anak tirinya di media sosial. Mereka dilihat memilih untuk berkongsi luahan rasa tidak puas hati itu menerusi IG Story masing-masing.

Dalam satu perkongsian sebelum ini, Izreen juga berkata dia terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Intan bagi menyelesaikan segala sengketa antara mereka.

Untuk makluman, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada Ogos 2017. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.



Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu. Ude merupakan bekas suami kepada Intan dan hasil perkahwinan terdahulu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya lakonan, kata Izreen dia belum bersedia untuk kembali ke lokasi kerana usia anak-anak yang masih kecil.

"Saya hanya terima tawaran untuk terlibat dalam program televisyen sahaja kerana penggambaran tidak terlalu lama. Manakala untuk berlakon pula memang tidak terima lagi buat masa sekarang kerana mahu beri fokus kepada anak-anak. Saya menguruskan anak-anak sendiri tanpa menggunakan khidmat pembantu. Jadi susah untuk keluar dalam tempoh terlalu lama," jelasnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: