08 April 2022

SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN BARIATRIK - ZIANA ZAIN AKUI KERAP DISERANG GASTRIK HINGGA SUKAR BERNAFAS



"Syukur Alhamdullilah Kak Ziana dah selamat menjalani rawatan untuk gastrik Kak Ziana. Dr Mustafa menjelaskan angin yang selalu menyerang Kak Ziana rupanya berpunca dari saluran ulu hati yang dah longgar. Jadi, cecair gastrik boleh senang masuk ke saluran itu. Alhamdulillah berkat daripada kepakaran Dr. Mustafa, Kak Ziana dapatlah menjalani kehidupan seperti biasa.


"Insya-Allah bebas dari gastik dan tekanan darah tinggi Kak Ziana kembali normal... Amin," tutur penyanyi Ziana Zain yang akhirnya mendapatkan rawatan dan selamat menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya iaitu masalah saluran ulu hati.

Penyanyi lagu 'Anggapanmu' itu melakukan rawatan tersebut selepas mendapat nasihat daripada Pakar Bedah Bariatrik iHeal Medical Centre dan KPJ Ampang Puteri iaitu Dr. Mustafa Mohamed Taher.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Ziana menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi pertemuannya dengan Dr. Mustafa berkenaan dengan masalah penyakit gastritis atau gastrik yang dialaminya pada Rabu lalu.

Kata Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain ini, dia berdepan masalah perut cepat berasa tidak selesa akibat angin dalam badan sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 53 tahun ini memberitahu pembedahan pintasan usus (bariatrik) yang dilakukan bukan hanya untuk penurunan berat badan sahaja. Malah, kaedah perubatan itu juga dapat merawat penyakit gastritis atau gastrik, kolestrol dan kencing manis (diabetis).



"Mungkin ramai yang berfikiran bahawa rawatan bariatik ini hanya untuk penurunan berat badan, sebenarnya ia juga boleh merawat penyakit gastrik, kolestrol dan diabetik juga.

"Rupa-rupanya banyak penyakit yang berpunca dari permasalahan perut. Bagi Kak Ziana yang penting kita kena cegah sebelum parah. Terima kasih kepada doktor dan semua pekerja hospital yang menjaga Kak Ziana sepanjang Kak Ziana disana," ujarnya.

Selain Ziana, penyanyi Aishah sebelum ini turut mendapatkan khidmat doktor yang sama untuk pembedahan pintasan usus (bariatrik) yang dilakukan pada sekitar 2018.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: