25 April 2022

BILA MAK WAN LATAH DIFITNAH LAGI, KALI INI SIHIR ORANG PULA



Pelakon veteran Mak Wan Latah menerusi satu video baru-baru ini telah berkata: "Mak Wan ingin merehatkan diri Mak Wan daripada live, Instagram, FB dan apa sahaja aktiviti yang selalu Mak Wan buat, sebab Mak Wan dah tak larat lagi dengan kecaman yarg Mak Wan dapat... fitnah Mak Wan melarikan duit, sihirkan orang, nusyuz pada suami... Orang tak tahu... orang akan bercakap apa je kan. Insya-Allah bila keadaan dah reda nanti, Mak Wan come back balik ya.


Kata-kata Mak Wan itu selepas dia difitnah lagi sekali dan kali ini dia didakwa 'main bomoh' menyihir orang, selepas sebelum ini namanya hangat diperkatakan apabila perkahwinan yang baru dibina pada Januari lalu bersama Husain Dolah hanya bertahan selama tiga bulan

Hal tersebut dipercayai disebarkan oleh seorang individu menerusi satu ciapan rajutan yang dikongsikan menerusi Twitter baru-baru ini. Menerusi rajutan tersebut, pengguna media sosial berkenaan mendakwa Mak Wan Latah menyihir neneknya sehingga menyebabkan jantung tersumbat.

Kata individu berkenaan, hal ini berikutan sifat dengki Mak Wan Latah yang cemburu melihat neneknya menerima tawaran kerja tanpa henti: "Lepas kau bomohkan nenek aku, job kau pulak non stop sampai la sekarang kau dah femes. Aku rasa nak pijak je ehey!" tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Ternyata, tuduhan tersebut fitnah semata-mata. Menerusi beberapa siri video pembongkaran situasi sebenar isu berkenaan oleh seorang pengguna TikTok, rakaman perbualan antara Mak Wan Latah dan Ery, anak kepada individu yang didakwa sebagai mangsa sihir Mak Wan Latah turut dikongsikan.

"Mak Wan last dapat khabar Ery bawak mak Ery berubat dekat Penang kan? Kenapa Mak Wan dituduh Mak Wan sihir mak Ery. Cuba Ery tengok dalam Twitter nama Mak Wan tersebar Ery. Bila masa Mak Wan sihir mak Ery... sedangkan kami kawan masih extra lagi. Dia kata Mak Wan rampas job Kak Chah (mak Ery)," keluh Mak Wan.

Difahamkan, pengguna TikTok berkenaan telah membuat laporan polis dan meminta agar individu yang memfitnah Mak Wan Latah memohon maaf secara live, selain memohon ramai doakan kesihatan Mak Wan: "Doakan kesihatan Mak Wan, sebab Mak Wan pun tak berapa sihat sekarang," katanya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: