26 April 2022

TUMPU MASA DEPAN, ENGGAN KENANG KISAH LALU - FIZI ALI AKUI SEDANG KENALI SESEORANG



"Berkenaan isu kembali bersama dan sebagainya, saya memilih untuk lebih fokus kepada perancangan masa depan berbanding memandang ke belakang lagi. Kalau boleh, saya tidak mahu menoleh kisah lalu. Apa pun, sebagai manusia kita tidak dapat menduga apa yang bakal berlaku. Cuma itu adalah jawapan saya berhubung perkara itu (isu rujuk).


"Saya memang sedang mengenali seseorang dan jika ada jodoh dengan individu itu, saya berdoa yang terbaik. Ini kerana, kami tidak pernah 'declare' ke arah yang lebih serius, dalam fasa berkenalan dan bersembang-sembang.

"Dia hanyalah orang biasa saja bukanlah daripada industri dan sebagainya. Cuma, identitinya biarlah rahsia buat masa ini," itulah kata penyampai radio Suria FM Fizi Ali yang mengambil pendekatan untuk fokus kepada perancangan masa hadapan dan memilih untuk tidak memandang ke belakang lagi berkaitan sebarang keputusan dalam hidupnya.

Klik untuk gambar besar



Jelas Fizi, 33, yang sudah empat bulan bercerai, sebagai manusia, dia tidak dapat menduga apa yang bakal berlaku namun tidak mahu berada pada titik dan situasi sedih lagi. Malah, Fizi juga tidak menolak sedang mengenali hati budi seseorang dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT.

Dalam pada itu, Fizi mendedahkan dia menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram, selepas mengumumkan tentang perceraiannya pada penghujung tahun lalu. Fizi berkata, kebanyakkan mesej yang diterima itu merupakan kata-kata semangat daripada pelbagai individu, termasuk mereka yang sudah berkahwin dan bertunang.

"Secara jujurnya, selepas bercerai memang ramai yang menghantar mesej menerusi Instagram. Antaranya yang muda, tunang orang dan isteri orang pun ada. Malah, dari kaum lelaki sendiri pun ada. Mereka menghantar mesej secara peribadi untuk memberikan kata-kata semangat dan turut menawarkan diri untuk menjadi tempat saya meluahkan perasaan.



"Contohnya 'Fizi janganlah sedih, saya kan ada'. Kebanyakan yang DM tu bukanlah kenalan saya. Saya memang tak kenal mereka. Niat mereka pun mungkin bukanlah untuk 'try' saya tapi lebih kepada memberi kata-kata semangat," ujarnya.

Terdahulu, bekas isteri Fizi iaitu pelakon Shakilla Khoriri menafikan dirinya mengeluarkan kenyataan mengenai perbincangannya untuk kembali bersama demi anak mereka yang masih kecil.

Untuk makluman Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 sebelum mengumumkan perceraian pada Disember lalu. Mereka mempunyai seorang anak, Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: