07 April 2022

BUAT 'CONTENT' HIDUP BUJANG DENGAN TAYANG DUIT - AISAR KHALED KENA KECAM



Influencer kontroversi yang juga pelakon iaitu Aisar Khaled baru-baru ini ada memuat naik content terbaru di akaun Tiktok miliknya. Dalam video tersebut, Aisar memaparkan kehidupan sebagai orang bujang.


Bagaimanapun, Aisar sekali lagi dikecam oleh netizen yang kurang senang dengan konten. Mana tidaknya, menerusi video itu Aisar seolah sedang mengeluh ketika membuat peti sejuk di rumahnya dan ada sebiji telur.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila peti sejuknya itu dipenuhi dengan bungkusan duit RM1. Bukan itu saja, dia kemudian mahu mengambil kasut dan membancuh teh, namun memaparkan banyak longgokan duit.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Aisar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan pemuda itu seolah menunjuk-nunjuk. Dalam pada itu, ada segelintir netizen tidak faham apa sebenarnya motif di sebalik video itu. Malah, ada yang menegur tindakannya itu boleh mengundang bahaya lebih-lebih lagi jika ada individu yang berniat jahat.

Video itu turut dimuat naik oleh pengguna Twitter dengan menulis kapsyen menyindir Aisar bahawa pemuda itu akan membuat permohonan maaf seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: