07 April 2022

BERANG KUCING PELIHARAANNYA DIDERA JIRAN - JANNA NICK BAKAL BUAT LAPORAN



"Tak faham bagaimana boleh ada jiran sebegini, dia pernah simbah air kepada kucing. Malah, individu terbabit juga pernah menggugut hendak sembelih kucing peliharaan saya.


"Saya jarang ada di rumah, mungkin kucing saya sering ke rumahnya. Namun, itu tidak bermakna dia berhak mengasari atau mendera kucing saya. Tidak tahu apa yang dilakukan, sampai ada bahagian yang hilang bulu. Mungkin terkena benda panas atau sebagainya.

"Naik marah pula apabila ada individu yang sanggup bersikap begini," ujar pelakon, penyanyi dan pengacara, Janna Nick yang berang dengan sikap kejam jirannya dimana dia dipercayai mendera dan mencederakan kucing kesayangan miliknya.

Luahan tersebut dikongsikan Janna menerusi Instagram Story miliknya. Dalam pada itu, Janna, 27, juga berkongsi rasa terkilan dengan sikap segelintir individu yang sanggup mencederakan haiwan.

Klik untuk gambar besar



Enggan berdiam, Janna bakal membuat aduan kepada pihak berwajib berhubung isu berkenaan. Malah, Janna turut dilihat membuat luahan itu terhadap pembantu peribadi dan juga sahabatnya yang juga penyanyi, Andi Bernadee.

Perkongsian Janna turut mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan warga maya. Mereka turut berkongsi laman sesawang untuk membuat laporan berhubung isu terbabit.

Sementara itu, Janna memuat naik paparan artikel mengenai individu yang dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan mencederakan haiwan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: