"🥰 Alhamdulillah, setelah lebih 2 tahun Hamdee dalam jagaan saya, hari ini rasmi Hamdee sebagai anak angkat saya. Urusan di Jabatan Pendaftaran Negara pun dipermudahkan. Syukur.
"Terima kasih kepada semua yang terus doakan Hamdee, semoga Hamdee akan terus dapat kasih sayang yang sempurna sampailah dewasa nanti," itulah kata Hafiz Hamidun yang meluahkan rasa syukur apabila anak jagaan bernama Hamdee Hafiz yang diasuh sejak dua tahun lalu akhirnya secara rasmi menjadi anak angkatnya.
Dalam masa sama, penyanyi dan komposer itu juga bersyukur apabila urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjalan dengan lancar.
Klik untuk gambar besar
Berita gembira itu dikongsikan Hafiz di akaun Instagram miliknya sehingga menerima pelbagai maklum balas positif daripada pengikut serta rakan selebriti.
Kebanyakannya menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pelantun lagu Kasih Padamu itu menjadi bapa yang baik serta penyayang.
________________________
No comments:
Post a Comment